Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781630
Title: Autoriti Majlis Penasihat Syariah dalam penyelesaian pertikaian kes kewangan islam di Malaysia
Authors: Sharifah Athirah Wan Idrus (P82433)
Supervisor: Mat Noor Mat Zain, Dr.
Mohd Al Adib Samuri, Prof. Madya Dr.
Keywords: Finance (Islamic law) -- Malaysia
Finance -- Law and legislation -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Aug-2020
Abstract: Sistem Kewangan Islam di Malaysia semakin berkembang dari semasa ke semasa dengan catatan pencapaian melebihi sasaran 20 peratus pada tahun 2016 seperti yang dihasratkan dalam Pelan Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia. Kemajuan terpenting industri kewangan Islam ini perlu sejajar dengan kemajuan kerangka perundangan yang efektif bagi mewujudkan suasana yang menyokong pembanggunan industri tersebut. Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah memperuntukkan kepada badan kehakiman dan penimbang tara untuk merujuk apa-apa persoalan Syariah berhubung kes-kes kewangan Islam kepada Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Namun begitu, masih terdapat beberapa kes yang diputuskan masih tidak merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah. Kajian ini akan mengupas tentang rangka kerja penyelesaian pertikaian kes kewangan Islam di Malaysia dan menganalisis beberapa rujukan kes kewangan Islam yang merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah. Metodologi penyelidikan ini mengguna pakai pendekatan kajian kualitatif melalui kajian kes berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan di Mahkamah Sivil dan temu bual separa struktur terhadap lima orang peserta kajian. Hasil analisis daripada 51 kes kewangan Islam daripada tahun 2009 sehingga tahun 2018 mendapati hanya 32 kes yang merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah meliputi isu Syariah yang melibatkan prinsip kontrak manakala baki 19 kes tidak merujuk disebabkan tiada keperluan untuk merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah. Hasil temubual mendapati rujukan kepada Majlis Penasihat Syariah dilakukan apabila timbul isu Syariah dalam pertikaian kes kewangan Islam melalui Resolusi Syariah Bank Negara Malaysia bagi isu-isu yang telah diputuskan, manakala rujukan terus kepada Majlis Penasihat Syariah akan dilakukan sekiranya isu Syariah tidak pernah diputuskan dalam mana-mana Resolusi. Kajian ini dijangka dapat memberi perkembangan berhubung kedudukan perundangan dan peranan statutori Majlis Penasihat Syariah terhadap keputusan mahkamah dalam kes kewangan Islam.
Pages: 159
Call Number: BP158.F5.S545 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781630
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Autoriti majlis penasihat syariah dalam penyelesaian pertikaian kes kewangan Islam di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial523.75 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.