Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781628
Title: Persepsi guru dan murid terhadap penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran al-Lughah al-Arabiah al-Mu'asirah (LAM) 
Authors: Nurul Ain Azman (P78345)
Supervisor: Maheram Ahmad, Dr.
Keywords: Arabic language -- Study and teaching (Secondary) -- Malay speakers
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic--Malaysia
Issue Date: 30-Apr-2020
Abstract: Pengajaran dan pembelajaran bahasa asing di Malaysia semakin berkembang dan mendapat perhatian masyarakat. Sejajar dengan perkembangan ilmu dari aspek pendidikan bahasa di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan keperluan guru untuk mengajar mata pelajaran al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah (LAM) di bawah Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar sepenuhnya pada sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Namun, kaedah itu telah membuahkan hasil yang kurang memberangsangkan. Oleh itu, penggunaan bahasa ibunda (PBI) dicadangkan untuk menggantikan kaedah tersebut. PBI menjadi salah satu kaedah pengajaran bahasa Arab yang efektif bagi membantu pelajar memahami mata pelajaran LAM. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap PBI yang digunakan dalam mata pelajaran LAM kepada pelajar Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah (SMAAT), untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap PBI dalam PdP LAM serta untuk mengenal pasti tahap pencapaian keputusan LAM pelajar SMAAT. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif dengan rekabentuk kajian secara temubual dan borang soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti dan Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 22. Kajian ini mendapati bahawa guru-guru yang mengajar LAM di SMAAT menggunakan bahasa ibunda dalam PdP LAM dan tidak menggunakan bahasa Arab sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Namun begitu, pencapaian pelajar-pelajar yang mempelajari LAM di sekolah tersebut masih berada di tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan dapat membantu para guru dan pelajar khususnya dalam meningkatkan kualiti PdP LAM serta pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan masyarakat Malaysia amnya pada masa akan datang.
Pages: 239
Call Number: PJ6065.N847 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781628
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Persepsi guru dan murid terhadap penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran Al Lughah Al Arabiah Al Muasirah LAM.pdf
  Restricted Access
Full-text3.43 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.