Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781626| Title: | Analisis kekerapan penggunaan kata nama, kata kerja dan kebolehbacaannya dalam buku teks Al-Lughah Al-'Arabiyyah Al-Mu'asirah |
| Authors: | Muhammad Afiq Mahazi (P85722) |
| Supervisor: | Hakim Zainal |
| Keywords: | Arabic language -- Morphology -- Textbooks Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 20-Aug-2020 |
| Abstract: | Bidang Morfologi merupakan salah satu cabang ilmu penting yang perlu dikuasai oleh para pelajar dalam menguasai bahasa Arab. Berdasarkan kepada beberapa laporan kajian lepas, didapati bahawa tahap penguasaan para pelajar berkaitan bidang morfologi Arab ini masih berada pada tahap membimbangkan. Bagi mengatasi isu ini, penggunaan elemen morfologi yang bersesuaian dengan tahap para pelajar perlu ditonjolkan dalam buku teks bahasa Arab. Hal ini disebabkan peranan buku teks sebagai sumber rujukan utama dalam proses pembelajaran bagi seseorang pelajar. Justeru, objektif kajian ini dijalankan bagi meneliti jumlah kekerapan penggunaan perkataan berdasarkan kata nama dan kata kerja bagi setiap tajuk yang disentuh, mengklasifikasi kata nama dan kata kerja yang difokuskan serta mengukur tahap kebolehbacaan kata nama dan kata kerja dalam kandungan buku teks tersebut. Pemilihan metode kualitatif iaitu menganalisis isi kandungan buku teks al-Lughah al-cArabiyyah al-Mucasirah tingkatan satu yang menjadi korpus kajian ini. Selain itu, formula Khadijah Rohani digunakan bagi mengukur tahap kebolehbacaan Kata Nama dan Kata Kerja yang terdapat dalam buku teks ini. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan Online Word Counter. Hasil kajian mendapati sebanyak 9046 perkataan yang mengandungi aspek morfologi berjaya direkodkan, kata nama sebanyak 72% (7218), dan kata kerja sebanyak 18% (1828) penggunaannya. Antara Kata Nama yang disentuh ism sahih, mamdud, maqsur, serta manqus, ism mufrad, muthanna, jamc, ism masdar, ism alah, ism makan dan zaman. Manakala kata kerja yang digunakan pula merangkumi ficl mudaric, ficl madi, dan ficl amar, ficl sahih, dan ficl muctal. Kajian mendapati bahawa pemilihan kata nama dan kata kerja yang dimuatkan dalam buku teks tersebut secara puratanya tidak selaras dengan tahap kompetensi penguasaan pelajar tingkatan satu. Justeru, diharapkan agar hasil kajian ini dapat membantu pihak yang berkaitan merencanakan sesuatu kaedah yang lebih baik dan berkesan khususnya dalam penyediaan buku teks bahasa Arab agar penguasaan bidang morfologi dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan. |
| Pages: | 109 |
| Call Number: | PJ6131.M844 2020 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781626 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Analisis kekerapan penggunaan kata nama kata kerja dan kebolehbacaannya dalam buku teks Al Lughah Al Arabiyyah Al Muasirah.pdf Restricted Access | Full-text | 1.67 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.