Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781625
Title: Wanita dan keganasan rumah tangga: penyelesaian menurut islam
Authors: Nurul Aizzatie Saari (P78824)
Supervisor: Indriaty Ismail, Dr.
Keywords: Family violence (Islamic law)
Family violence -- Religious aspects -- Islam
Wife abuse -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Sep-2020
Abstract: Seorang suami atau bapa dalam rumahtangga merupakan pelindung dan sumberi inspirasi kepada ahlinya. Ketua keluarga berperanan menghasilkan kebahagiaan dan ketenangan yang diimpikan oleh setiap perkahwinan. Maka, jika sesebuah keluarga itu bermasalah, pelbagai kepincangan akan wujud dalam negara, seumpama satu jasad, jika satu anggota itu sakit sudah pasti kesannya akan turut dirasai oleh anggota yang lain. Menurut statistik pada tahun 2015 (sehingga November) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, antara penyebab yang tertinggi keganasan rumahtangga dalam masyarakat samada Melayu, Cina dan India ialah sifat panas baran dan perselisihan faham. Apa yang lebih mengejutkan laporan kes keganasan rumah tangga menurut etnik pula menunjukkan etnik Melayu (wanita) paling tinggi kes dilaporkan iaitu sebanyak 309 kes. Hal ini amat mengecewakan kerana kebanyakan masyarakat Melayu adalah beragama Islam. Islam merupakan agama yang menganjurkan agar seseorang menumpahkan rasa belas kasihan terhadap kaum wanita. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti aspek keganasan rumahtangga menurut undang-undang Malaysia, menjelaskan asas utama pembinaan rumahtangga berdasarkan al-Quran dan al-Hadis serta menghuraikan tinjauan awal modul kerangka Islam dalam menguruskan masalah keganasan rumahtangga. Kaedah yang digunakan ialah berbentuk kajian kepustakaan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen seperti buku, artikel, disertasi dan juga jurnal. Data diperolehi melalui penelitian terhadap literasi kepustakaan, literasi kesusasteraan, manuskrip dan komunikasi terpilih yang boleh diperoleh melalui media cetak, gambar dan visual penyiaran. Hasil kajian ini mendapati bahawa ikatan sesebuah perkahwinan perlu dibina dengan rasa tanggungjawab, tolak ansur dan berkasih sayang dalam menghadapi pelbagai ragam kehidupan berumahtangga. Kefahaman agama yang baik dalam diri setiap pasangan mampu menghapuskan gejala keganasan terhadap isteri dan anak-anak dalam sesebuah institusi keluarga. Sekaligus melahirkan masyarakat yang harmoni dan hebat.
Pages: 87
Call Number: BP158.F26.N847 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781625
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Wanita dan keganasan rumahtangga penyelesaian menurut Islam.pdf
  Restricted Access
Full-text1.15 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.