Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781376
Title: Implementasi falsafah Pragmatisme John Dewey dalam filem Muallaf
Authors: Siti Arinah Tukiran (P78811)
Supervisor: Ahmad Sunawari Long, Prof. Madya Dr.
Badrul Redzuan bin Abu Hassan, En.
Keywords: Pragmatism
Dewey, John, -- 1859-1952 -- Philosophy
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Aug-2020
Abstract: Pragmatisme merupakan antara aliran pemikiran yang memfokuskan kepada perbincangan falsafah dalam bentuk praktikal iaitu tidak terpisah di antara teori dan praktis. Ia lahir pada era 1870-an iaitu akhir abad ke-19 dan sangat dominan di Amerika Syarikat serta berjaya meluaskan pengaruhnya hingga ke seluruh pelosok dunia dalam pelbagai bidang. Kelahiran pragmatisme menjelaskan tentang sebuah gerakan pemikiran baru yang memberikan perhatian kepada permasalahan kehidupan realiti manusia. Falsafah ini dipelopori oleh beberapa tokoh pemikirnya, antaranya John Dewey (1895-1952). Beliau merupakan tokoh pemikir Pragmatisme yang mengangkat pengalaman (experience) sebagai paksi utama dalam pemikirannya. Meskipun bukan ahli falsafah yang pertama membahaskan pengalaman, namun pemikiran beliau dilihat berbeza daripada pemikiran tokoh falsafah terdahulu. Berbeza kerana John Dewey menggabungan pemikiran Empirisisme dan Idealisme. Berdasarkan maklumat tersebut, pengkaji berminat mengkaji dengan lebih mendalam pemikiran John Dewey berkaitan pengalaman dalam filem Muallaf (2008) arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Pemilihan filem Muallaf kerana dikatakan kreativiti dalam menggambarkan kepelbagaian budaya dan persamaan kaum. Walaubagaimana pun filem ini menerima pelbagai kritikan kerana didakwa membawa ideologi sekularisme, liberalisme dan lain lain lagi secara tersirat. Dengan kritikan ini, sudah tentu pelbagai pengalaman individu di sebalik ‘realiti’ filem Muallaf dapat diteliti oleh penulis kerana pemikiran falsafah Pragmatisme Dewey turut dikaitkan dengan sekularisme. Falsafah yang membuat fikiran manusia yang menggunakan paradigma sains dan teknologi berkembang tanpa bimbingan tauhid. Objektif kajian ini bertujuan untuk melihat pemikiran falsafah Pragmatisme John Dewey berkaitan pengalaman dalam filem Muallaf. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan yang merangkumi penelitian terhadap naskah filem dan seterusnya dibuat beberapa siri penontonan bagi memahami keseluruah filem yang dihasilkan. Dapatan kajian mendapati, filem Muallaf ada memaparkan pemikiran falsafah Pragmatisme John Dewey berkaitan pengalaman dengan meneliti pengalaman Brian dalam beragama, pengalaman Rohana, Rohani dan ilmu perbandingan agama dan pengalaman Rohani dan Rohana terhadap minuman arak. Secara keseluruhan dapat disimpulkan, penerimaan pemikiran falsafah Pragmatisme John Dewey di dalam filem Muallaf, perlu dilakukan secara selektif oleh para penonton khususnya umat Islam kerana akan membahayakan akidah umat Islam sekiranya diterima secara total.
Pages: 120
Call Number: B832.S58 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781376
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Implementasi falsafah pragmatisme John Dewey dalam filem Muallaf.pdf
  Restricted Access
Full-text1.07 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.