Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781375
Title: Tarian Darwish dalam tarekat Maulawiyyah daripada perspektif Islam
Authors: Nurul Alieya Zakaria (P81812)
Supervisor: Nozira Salleh, Dr.
Keywords: Mevleviyeh
Sufism -- Turkey
Sufism -- Rituals
Sufi music -- Turkey
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Jan-2020
Abstract: Mencipta dan menikmati karya seni adalah fitrah manusia. Maka, seni saling berhubungkait dengan kehidupan manusia kerana ia diciptakan oleh manusia untuk merasakan nikmat kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk, sebagaimana tarian adalah cabang kepada aktiviti kesenian yang berbentuk visual. Melalui aktiviti kesenian tarian pula ia diselitkan dengan alunan muzik serta syair-syair berbentuk puji-pujian terhadap Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Inilah salah satu cara para penari Darwish melaksanakan zikir mereka terhadap Allah SWT dalam tarekat Maulawiyyah. Oleh yang demikian, tarekat tersebut telah mengamalkan zikir secara menari berputar yang dipanggil sebagai tarian Darwish. Tarian Darwish yang dipersembahkan dalam tarekat Maulawiyyah bertujuan untuk menzahirkan perasaan keghairahan, keseronokan dan kegembiraan dalam mengingati Allah SWT. Amalan tarian Darwish inilah telah membangkitkan isu keagamaan yang membawa kepada perselisihan yang banyak di kalangan ulama dan sarjana Islam. Oleh itu, kajian ini meneliti secara khusus tarian Darwish daripada pelbagai sudut berdasarkan kepada objektif kajian. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan tentang sejarah penubuhan tarekat Maulawiyyah dan dasar ajarannya. Seterusnya, ia juga bertujuan untuk mengkaji konsep tarian Darwish dan kaedah pelaksanaannya dalam tarekat tersebut serta menilainya daripada perspektif Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati ramai ulama Islam berpendapat bahawa tarian Darwish dalam tarekat Maulawiyyah telah membawa kepada perbuatan ghuluw yang melampau dan bidaah. Walau bagaimanapun, hasil kajian juga mendapati bahawa tarian Darwish tidak seharusnya ditolak secara mutlak, sekiranya ia bertujuan untuk memberi sepenuh perhatian terhadap Allah SWT. Namun, sekiranya wujud kemungkaran dalam tarian tersebut seperti menyelitkan alat muzik yang haram, mengandungi goyangan lembut, tarian yang bertujuan untuk riyā’ dan mempunyai unsur kemaksiatan, maka ia tidak dibenarkan oleh syarak. Justeru itu, kajian ini mampu memberi implikasi yang baik dengan menjadi panduan kepada ulama dan sarjana Islam untuk menilai tarian seumpamanya sebelum diamalkan.
Pages: 191
Call Number: BP189.7.M4N837 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781375
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Tarian darwish dalam tarekat Maulawiyyah daripada perspektif Islam.pdf
  Restricted Access
Full-text2.63 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.