Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781374
Title: Hak orang kelainan upaya (OKU) dalam pekerjaan menurut Islam dan perundangan di Malaysia
Authors: Noratiqah Abd Aziz (P78765)
Supervisor: Zuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.
Keywords: People with disabilities -- Employment -- Malaysia
People with disabilities -- Employment -- Law and legislation -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Aug-2020
Abstract: Golongan OKU memerlukan pekerjaan untuk menjamin kelangsungan kehidupan harian dan masa hadapan mereka. 10 peratus daripada 33 juta jumlah keseluruhan penduduk Malaysia adalah golongan OKU yang mampu mengubah corak pembangunan ekonomi negara. Walaupun pihak kerajaan telah memberi jaminan pekerjaan terhadap golongan OKU tetapi mereka masih lagi berdepan dengan isu pelaksanaan hak mereka dalam sektor pekerjaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hak OKU dalam aspek pekerjaan menurut Islam dan perundangan Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis amalan pelaksanaan hak OKU dalam aspek pekerjaan di tempat kerja. Metodologi kajian ialah secara analisis dokumen dan kaedah temubual separa berstruktur bersama 10 orang pekerja OKU fizikal, seorang majikan yang menggaji pekerja OKU dan seorang pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) Daerah Kluang. Temubual separa struktur digunakan oleh pengkaji. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan dipersembahkan menurut tema-tema berkaitan. Hasil kajian mendapati OKU mempunyai kedudukan yang samarata dalam masyarakat berdasarkan al-Quran dan hadis. Oleh itu, Rasulullah saw dan para pemimpin terdahulu menyantuni golongan OKU dengan memberikan mereka yang berkelayakan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam pentadbiran negara. Menurut undang-undang di Malaysia Akta OKU 2008 mengiktiraf tiga hak utama pekerja OKU iaitu peluang pekerjaan, layanan samarata di tempat kerja termasuklah jumlah gaji dan kemudahan mesra OKU di tempat kerja. Dari segi pelaksanaannya, program perkhidmatan Job Coach dan program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) diwujudkan sebagai persediaan kemahiran peluang pekerjaan untuk OKU. Namun kekangan seperti kurang kefahaman tentang golongan OKU, saiz sesebuah organisasi tempat kerja yang terhad dan persaingan sengit menghadkan peluang mereka di alam pekerjaan. Kajian juga mendapati suasana dan prasarana kemudahan awam kurang kondusif untuk golongan OKU menyebabkan mereka tidak menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama ke tempat kerja. Implikasi kajian mendapati undang-undang melindungi hak OKU dalam pekerjaan tetapi aspek pelaksanaannya masih perlu penambahbaikan sokongan dari pihak kerajaan dan majikan. Kebolehpasaran OKU dalam sektor pekerjaan harus diperkasa melalui pemantapan bidang kepakaran dan kemahiran.
Pages: 139
Call Number: HD7256.M4N647 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781374
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Hak orang kelainan upaya OKU dalam pekerjaan menurut Islam dan perundangan di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text1.57 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.