Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781373
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Hafiz Safiai, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAzlin Alisa Ahmad, Dr.en_US
dc.contributor.authorNurun Nazirah Md Yusop (P81616)en_US
dc.date.accessioned2025-11-20T07:20:13Z-
dc.date.available2025-11-20T07:20:13Z-
dc.date.issued2020-12-15-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781373-
dc.description.abstractPengurusan kecairan yang cekap dan efektif penting kepada institusi perbankan Islam bagi mencegah bank daripada mengalami risiko ketidakmampuan untuk memenuhi permintaan deposit. Namun bank akan menghadapi dilema sekiranya mempunyai lebihan dana kecairan dan tidak dilaburkan untuk menjana keuntungan. Rentetan daripada itu, penubuhan Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) menjadi keperluan dalam menangani isu kecairan yang timbul dalam institusi perbankan Islam. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu dalam instrumen kecairan jangka pendek terbitan IILM dan kekaburan mengenai peranan IILM. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor penubuhan IILM dan isu-isu lain yang dihadapi oleh institusi perbankan Islam dalam pengurusan risiko kecairan. Kajian ini juga turut menganalisis peranan IILM dalam menambah baik pengurusan risiko kecairan institusi perbankan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan sebagai kaedah pengumpulan data serta menganalisis data yang diperolehi melalui pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati, terdapat pelbagai instrumen kecairan patuh Syariah yang sedia ada dalam pasaran kewangan Islam bagi menguruskan kecairan. Namun penggunaan konsep bayͨ al-dayn dan bayͨ al-ͨinah dalam struktur instrumen kecairan yang ditawarkan dalam pasaran menjadi pertikaian di kalangan sarjana Islam. Selain itu, IILM turut memainkan peranan penting dalam menambah baik pengurusan risiko kecairan dengan menerbitkan instrumen sukuk jangka pendek yang mampu memberi manfaat kepada institusi perbankan Islam. Sukuk ini juga memenuhi piawaian HQLA yang bertaraf A-1 daripada Standard and Poor’s Services serta didagangkan dalam mata wang rizab utama dolar Amerika. Implikasi kajian ialah dapat meningkatkan kecekapan tadbir urus pengurusan risiko kecairan serta mengurus keseimbangan antara aset dan liabiliti dalam perbankan Islam dengan lebih berkesan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectBanks and banking -- Risk management -- Islamic countriesen_US
dc.subjectBanks and banking -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectIslamic bankingen_US
dc.subjectLiquidity (Economics)en_US
dc.subjectFinance -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePeranan Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa dalam pengurusan risiko kecairan perbankan Islamen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages114en_US
dc.identifier.callnoHG3368.A6N837 2020 tesisen_US
dc.identifier.barcode007697en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Peranan Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa dalam pengurusan risiko kecairan perbankan Islam.pdf
  Restricted Access
Full-text881.11 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.