Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781372
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Adib Samsudin, Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Noor Farahin M Fariddudin (GP02948)en_US
dc.date.accessioned2025-11-20T04:42:15Z-
dc.date.available2025-11-20T04:42:15Z-
dc.date.issued2020-08-28-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781372-
dc.description.abstractWasiat dan hibah merupakan instrumen perancangan harta yang popular dalam kalangan masyarakat muslim di Malaysia. Kedua-dua instrumen ini digunakan secara meluas oleh syarikat pengamanahan termasuklah Amanah Raya Berhad di era moden ini. Terdapat perbezaan antara keduanya iaitu perlaksanaan wasiat hanya berlaku selepas kematian dan boleh diberikan sehingga 1/3 kepada bukan waris. Hibah pula dilaksanakan semasa hidup atas dasar kasih sayang dan tidak terikat dengan kadar had tertentu serta boleh diberikan kepada sesiapa sahaja. Dengan ini, instrumen hibah kelihatan lebih terbuka berbanding wasiat. Namun, berdasarkan rekod data Amanah Raya Berhad Shah Alam dari tahun 2008 hingga 2016, masyarakat cenderung untuk memilih instrumen wasiat berbanding hibah. Justeru, objektif kajian ini ialah memberi tumpuan dengan menganalisis tahap pemilihan sekumpulan pewasiat muslim di Amanah Raya, Shah Alam terhadap wasiat berbanding hibah dari tiga sudut iaitu sudut promosi, ciri produk dan pengaruh persekitaran. Data yang diperolehi adalah melalui kajian tinjauan yang dijalankan ke atas sekumpulan 40 orang pewasiat muslim yang mempunyai wasiat di Amanah Raya Berhad, Shah Alam dan disokong dengan beberapa sesi temu bual separa struktur bersama 5 orang pewasiat yang dipilih. Bagi mencapai objektif tersebut, metodologi yang digunakan ialah kajian kuantitatif melalui kaedah kajian tinjauan. Bagi tujuan itu, pengkaji menggunakan skala likert dengan 5 pilihan alternatif jawapan iaitu sangat setuju (5), setuju (4), tidak pasti (3), tidak setuju (2) dan sangat tidak setuju (1). Setiap dapatan kajian dihuraikan menggunakan analisis statistik deskriptif melalui perisian Statistical Package for the Sosial Sciences (SPSS) Versi 22.0 bagi mengetahui tahap kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati tahap pemilihan pewasiat bagi ketiga-tiga faktor ini adalah pada tahap yang sederhana. Pewasiat didapati kurang memilih hibah kerana promosi hibah kurang dijalankan, ciri produk yang kurang menepati kehendak masyarakat seperti pindahmilik harta berlaku semasa hidup namun melibatkan kos pindahmilik yang lebih tinggi untuk melaksanakannya apabila melibatkan aset hartanah dan pengaruh persekitaran daripada keluarga dan rakan yang kurang mendorong mereka memilih hibah. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada institusi pengamanahan seperti Amanah Raya Berhad dalam menyediakan model hibah yang lebih praktikal dan efektif.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectInheritance and succession (Islamic law) -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleFaktor pemilihan masyarakat terhadap instrumen wasiat berbanding hibah di Amanah Raya Berhad, Shah Alamen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages123en_US
dc.identifier.callnoBP158.I45S5683 2020 tesisen_US
dc.identifier.barcode007695en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Faktor pemilihan masyarakat terhadap instrumen wasiat berbanding hibah di Amanah Raya Berhad Shah Alam.pdf
  Restricted Access
Full-text1.87 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.