Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781371Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Salmy Edawati Yaacob, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Suhailah Mohd Nordin (P85195) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2025-11-20T04:41:24Z | - |
| dc.date.available | 2025-11-20T04:41:24Z | - |
| dc.date.issued | 2020-08-21 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781371 | - |
| dc.description.abstract | Perniagaan Multi-Level Marketing (MLM) tidak terlepas dengan permasalahan yang sering berkait rapat dengan pelaksanaan modus operandi syarikat. Hal ini dapat dikesan melalui penetapan yuran keahlian yang terlampau tinggi tanpa sebarang imbalan produk dan kadangkala syarikat hanya memfokuskan kepada penjualan keahlian. Produk syarikat juga hanya dijadikan sebagai ‘helah’ dan kadangkala dijual pada harga yang tinggi. Selain itu, pelan pemasaran syarikat serta pelan pemberian bonus pengedar juga hanya bermotifkan kepada perekrutan downline semata. Rentetan beberapa isu tersebut, kajian ini bertujuan untuk menganalisa kepatuhan syariah terhadap modus operandi syarikat MLM yang terkenal di Malaysia yang menjadi pilihan pengguna iaitu Tupperware Brands Malaysia Sdn. Bhd., Gamat Emas Sdn. Bhd. dan Coway (Malaysia) Sdn. Bhd. Kajian hanya memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu penetapan yuran keahlian pengedar, kriteria dan penetapan harga produk syarikat dan bentuk pelan pemasaran serta pelan pemberian insentif pengedar. Ketigatiga aspek ini dinilai berdasarkan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung secara Pemasaran Berbilang Tingkat (MLM) Menurut Syariah terbitan JAKIM 2013, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung 2012. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kes. Data dikumpulkan melalui kaedah analisa kandungan, analisa dokumen dan kaedah temubual setiap pengedar syarikat. Hasil analisa mendapati bahawa hanya Gamat Emas Sdn. Bhd. sahaja yang memenuhi setiap kriteria MLM menurut syariah khususnya dalam tiga aspek utama yang dikaji. Manakala, bagi Tupperware Brands Malaysia Sdn. Bhd. dan Coway (Malaysia) Sdn. Bhd., modus operandi kedua syarikat ini tidak memenuhi beberapa kriteria perniagaan MLM patuh syariah khususnya dari sudut tempoh bertenang (khiyār al-syart). Sehubungan itu, pihak syarikat seharusnya mengambil perhatian dalam memenuhi kriteria perniagaan MLM yang mematuhi syariah dengan mengubah atau menambahbaik (upgrade) modus operandi sedia ada ke arah yang lebih baik seiring dengan usaha untuk menjadikan syarikat sebagai sebuah syarikat MLM patuh syariah. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Multilevel marketing (Islamic law) | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations. | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Aspek pematuhan garis panduan syariah perniagaan multi-level marketing (MLM) di Tupperware Brands Malaysia Sdn. Bhd., Gamat Emas Sdn. Bhd. dan Coway (Malaysia) Sdn. Bhd. | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 220 | en_US |
| dc.identifier.callno | BP158.M77S84 2020 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007694 | en_US |
| dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Aspek pematuhan garis panduan syariah perniagaan multi level marketing MLM di Tupperware brands Malaysia Sdn Bhd Gamat Emas Sdn Bhd dan Coway Malaysia Sdn Bhd.pdf Restricted Access | Full-text | 5.89 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.