Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781370
Title: Tafsir tematik terhadap kalimah al-Shajarah dalam al-Quran
Authors: Mohd Faiz Hadi Mohd Sanadi (P93691)
Supervisor: Mazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Qur'an -- Criticism, interpretation,etc.
Qur'an -- Commentaries
Plants in the Qur'an
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Apr-2020
Abstract: Penurunan kitab al-Quran melalui Nabi Muhammad SAW merupakan mukjizat teragung yang diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh manusia di atas muka bumi ini. Ironinya, kemukjizatan al-Quran itu bukan sahaja terhad kepada aspek penurunannya, malah dari sudut bahasa, mukjizat al-Quran itu sendiri terserlah melalui setiap kalimahnya yang dipilih, di mana terangkum padanya makna yang unik serta maksud tersiratnya yang unggul. Perkara ini juga dapat dilihat melalui pengulangan sesuatu kalimah yang disebut dalam sesuatu konteks, seperti kalimah al-shajarah yang disebut sebanyak 27 kali, yang merangkumi 19 buah surah daripada keseluruhan 114 buah surah al-Quran. Penelitian secara umumnya mendapati bahawa setiap kalimah al-shajarah ini mempunyai makna yang tersendiri dalam setiap surah. Oleh itu, kajian berbentuk tematik atau al-mawḍūᶜī ini dijalankan dengan tujuan menganalisis kalimah al-shajarah yang terdapat di dalam al-Quran dengan lebih mendalam. Kajian ini menggunakan metode kualitatif, di mana penekanan tertumpu kepada analisis dokumen dan memberi fokus kepada kalimah al-shajarah yang terdapat di dalam al-Quran bagi mendapatkan maksud yang lebih terperinci. Hasil kajian menunjukkan bahawa kalimah-kalimah al-shajarah tersebut mempunyai maksud yang umum dan khusus sama ada ia wujud di dunia mahupun di akhirat. Selain itu, terdapat dua tema utama yang terhasil daripada pengumpulan kalimah-kalimah al-shajarah tersebut iaitu kalimah al-shajarah yang dimaksudkan dengan pohon berbatang dan pohon menjalar. Adapun kesatuan makna pula menjelaskan bahawa pohon-pohon tersebut terdapat di dunia dan di akhirat, juga ia merupakan pohon yang menghasilkan buah yang memberi manfaat kepada manusia atau sebaliknya. Implikasi kajian ini bertepatan dengan konteks majoriti masyarakat Islam di Malaysia di mana ia dapat membantu golongan yang ingin mendalami al-Quran khususnya yang terdiri daripada pelajar agama, para huffaz dan pengkaji akademik. Rentetan itu, hasil kajian ini juga dapat membuka jalan pembaca bagi memahami sesuatu kalimah yang terkandung di dalam al-Quran melalui temanya, manakala dengan kesatuan makna pula para pembaca mampu melihat bagaimana sub-topik tema-tema tersebut dapat disatukan di bawah satu tajuk yang merangkumi keseluruhan tema-tema tersebut.
Pages: 248
Call Number: BP130.4.M528 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781370
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Tafsir tematik terhadap kalimah Al-Shajarah dalam Al-quran.pdf
  Restricted Access
Full-text3.29 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.