Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781369Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | A’dawiyah Ismail, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Noridayu Nahar (P89990) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2025-11-20T04:36:39Z | - |
| dc.date.available | 2025-11-20T04:36:39Z | - |
| dc.date.issued | 2020-06-15 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781369 | - |
| dc.description.abstract | Peningkatan kes-kes jenayah seksual yang melibatkan anak-anak bawah umur berada pada tahap yang membimbangkan. Statistik jumlah penderaan seksual yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) menunjukkan peningkatan secara mendadak pada tahun 2016 sebanyak 1038 kes dan meningkat kepada 1397 kes pada tahun 2017. Malahan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak mencatat kes statistik tertinggi. Pelbagai usaha dan kaedah yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi menangani masalah ini namun jenayah pedofilia masih lagi berleluasa. Ketidaksedaran ibu bapa dan kurangnya pengetahuan berkenaan isu pedofilia menyebabkan anak-anak ini mudah menjadi mangsa jenayah pedofilia. Tambahan pula dengan kesibukan ibu bapa menguruskan pekerjaan dan tugasan harian sehingga mengabaikan anak-anak memudahkan pelaku pedofilia untuk mendapatkan mangsanya. Situasi ini memerlukan kepada ibu bapa menyedari dan mempunyai pengetahuan berkenaan dengan pedofilia dengan lebih mendalam demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak. Maka Islam telah memberikan beberapa solusi terbaik dalam usaha ibu bapa untuk melindungi anak-anak. Sehubungan itu, adalah penting untuk mengenalpasti kaedah ibu bapa menangani pedofilia menurut Islam. Objektif utama kajian untuk mengenalpasti pengetahuan dan kesedaran pedofilia dalam kalangan ibu bapa. Kedua mengkaji punca anak-anak menjadi mangsa pedofilia. Ketiga menganalisis kaedah ibu bapa dalam menangani pedofilia menurut Islam. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dan data dikumpulkan menerusi instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 100 orang responden yang menetap di Taman Tenaga Kajang. Kebolehpercayaan instrumen telah dinilai melalui skala Cronbach Alpha sebanyak 0.92. Analisis data kajian menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesedaran dan pengetahuan ibu bapa yang menetap di kawasan Taman Tenaga Kajang berada berada pada tahap tinggi menerusi item “saya sentiasa mengajar anak saya memelihara pandangan daripada melihat perkara yang tidak dibenarkan oleh Islam” dengan min sebanyak 4.48 serta menerusi item “ sikap ibu bapa tidak mengawal dan memantau aktiviti harian dan aktiviti sosial anak-anak” sebanyak 4.21. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan serta panduan kepada ibu bapa untuk menambahkan pengetahuan berkenaan pedofilia serta memberikan pendidikan sebaiknya kepada anak-anak. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Child sexual abuse -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Pedophilia -- Malaysia | en_US |
| dc.subject | Sex crimes -- Religious aspects -- Islam | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Kaedah menangani isu pedofilia oleh ibu bapa menurut Islam | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 120 | en_US |
| dc.identifier.callno | HV6570.4.M4N637 2020 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007692 | en_US |
| dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kaedah menangani isu pedofilia oleh ibu bapa menurut Islam.pdf Restricted Access | Full-text | 1.71 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.