Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781367| Title: | Personaliti guru tahfiz di Sekolah Menengah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Kementerian Pendidikan Malaysia |
| Authors: | Zurina Zakaria (P109637) |
| Supervisor: | Ashraf Hj. Ismail, Dr. Mohd Faizulamri Mohd Saad, Dr. |
| Keywords: | Teachers -- Attitudes Teachers -- Professional ethics Teachers -- Moral and ethical aspects Educational leadership -- Moral and ethical aspects Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 14-Mar-2025 |
| Abstract: | Personaliti merupakan salah satu aspek yang menyumbang kepada kualiti seseorang guru tahfiz (GT). Pengamalan personaliti dalam kalangan GT sangat penting untuk memastikan kewujudan mereka benar-benar berkualiti dalam sistem pendidikan negara. Namun, isu salah laku dan ketidakcekapan segelintir GT pada hari ini memberikan petunjuk bahawa personaliti GT belum dihayati sepenuhnya. Kesannya amat besar kerana GT merupakan model akhlak kepada pelajar. Oleh sebab itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka kefahaman GT terhadap konsep dan kepentingan personaliti. Seterusnya, meneroka pengamalan personaliti GT dan meneliti elemen-elemen yang membentuk personaliti serta cabaran semasa yang dihadapi oleh GT juga turut dikaji. Kajian ini berbentuk kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis dengan bantuan perisian NVivo 12. Seramai lapan orang GT yang berkhidmat di beberapa buah sekolah menengah tahfiz model ulul albab di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Manakala, data temu bual daripada lapan orang rakan guru, laporan pemerhatian dan analisis dokumen diperolehi sebagai triangulasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa GT memiliki kefahaman konsep personaliti iaitu akhlak, perwatakan dan profesionalisme. Seterusnya, kepentingan personaliti GT dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz dapat disimpulkan sebagai contoh terbaik, kejayaan pengajaran dan pembelajaran serta membina hubungan guru dengan pelajar. Selanjutnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa GT mengamalkan 47 ciri-ciri personaliti yang diklusterkan kepada lima tema utama iaitu komunikasi, penampilan, tingkah laku, efikasi dan emosi. Pengamalan personaliti ini dibentuk oleh faktor personal GT yang terdiri daripada faktor diri sendiri, agama, pengalaman dan tekanan. Manakala, faktor luaran pula terdiri daripada faktor pendidikan, persekitaran dan bebanan kerja. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa cabaran semasa yang dihadapi oleh GT adalah melibatkan masa, pelajar, masalah guru dan kualiti guru. Justeru, kajian ini menghasilkan cadangan model personaliti guru tahfiz unggul dan kerangka konseptual personaliti guru tahfiz dinamik yang praktikal dan memenuhi keperluan semasa. Kajian ini memberi implikasi kepada polisi melibatkan KPM, BPI dan IPGM sebagai garis panduan dalam pemilihan bakal GT serta kurikulum latihan perguruan. Implikasi kajian ini juga membabitkan amalan pihak sekolah dan GT dalam memantapkan personaliti diri yang meliputi aspek komunikasi, penampilan, tingkah laku , efikasi, emosi serta profesionalisme keguruan. |
| Pages: | 430 |
| Call Number: | LB1779.Z877 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781367 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Personaliti guru tahfiz di sekolah menengah Tahfiz Model Ulul Albab TMUA Kementerian Pendidikan Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 3.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.