Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781365
Title: Pembangunan model kepenggunaan Islam berdasarkan pembujukan dalam iklan
Authors: Azimah Misrom (P95422)
Supervisor: Rosmawati Mohamad Rasit, Prof. Madya Dr.
Siti Jamiaah Abd Jalil, Dr.
Keywords: Consumer protection (Islamic law)
Advertising -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jan-2025
Abstract: Iklan bertujuan untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan sehingga mempengaruhi pengguna untuk membeli. Walau bagaimanapun, berlaku manipulasi dalam pembujukan iklan sehingga pengguna mudah tertipu dalam pembelian. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pandangan pengguna Muslim mengenai fungsi pembujukan dalam iklan terhadap keputusan membeli, mengkaji sejauh mana pengguna Muslim memenuhi keperluan atau kehendak, mengkaji bagaimana pengguna Muslim membuat keputusan membeli produk yang baik berdasarkan pembujukan iklan dan membangunkan model kepenggunaan Islam. Kajian ini menggunakan reka bentuk fenomenologi melalui Temubual Kumpulan Fokus sebagai kaedah pengumpulan data dengan melibatkan 23 peserta yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu kumpulan homogen dan heterogen, yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan analisis tematik melalui perisian Atlas.ti 23. Hasil kajian ini berjaya membina satu model kepenggunaan Islam berdasarkan pembujukan dalam iklan, yang terdiri daripada beberapa tema utama. Pertama, terdapat empat tema berkaitan fungsi pembujukan dalam iklan, iaitu pemasaran produk atau perkhidmatan, kemampuan untuk menarik minat pengguna, pengaruh terhadap keputusan pengguna serta penggunaan visual dan tagline yang menarik. Selain itu, pandangan pengguna Muslim terhadap keputusan membeli untuk memenuhi keperluan atau kehendak menghasilkan lima tema utama, iaitu kemampuan membezakan keperluan dan kehendak, amalan berjimat-cermat, pembelian atas talian, pemilihan produk atau perkhidmatan halal, serta mengikuti trend semasa. Kajian ini juga mengenal pasti enam tema yang berkaitan dengan pembujukan iklan untuk menentukan keputusan pembelian produk yang baik iaitu menepati syariat Islam, memberikan maklumat yang jelas dan benar, kreatif dan menarik, memberi kesan positif kepada pengguna serta pentingnya meneliti kualiti dan testimoni produk. Justeru, kajian ini diharapkan dapat membantu pengguna muslim meneliti kandungan pembujukan dalam iklan yang dipaparkan untuk memilih sesuatu produk atau perkhidmatan yang dipasarkan. Implikasi kajian ini menyumbang kepada Dasar Pengguna Negara (DPN) dalam memberi keseimbangan dan kesejahteraan terhadap pengguna Muslim.
Pages: 327
Call Number: BP158.C594A998 2025 tesis
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781365
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan model kepenggunaan Islam berdasarkan pembujukan dalam iklan.pdf
  Restricted Access
Full-teks3.18 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.