Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781364
Title: Tahap penerimaan kandungan dakwah di media sosial dalam kalangan netizen Muslim
Authors: Husna Salehudin (P116463)
Supervisor: Rosmawati Mohamad Rasit, Prof. Madya Dr.
Zulkefli Aini, Dr.
Keywords: Da'wah (Islam)
Social media -- Religious aspects -- Islam
Social media -- Influence
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Dec-2024
Abstract: Perkembangan penggunaan aplikasi media sosial telah memudahkan netizen Muslim mendapatkan maklumat kandungan agama dan dakwah. Namun, lambakan maklumat Islam di media sosial menyebabkan terdapat kekeliruan dalam kalangan netizen sama ada untuk menerima atau mengabaikan kandungan tersebut. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti jenis penggunaan media sosial untuk mengakses kandungan dakwah dalam kalangan netizen Muslim, menganalisis ciri-ciri netizen Muslim dalam penerimaan kandungan dakwah di media sosial, mengkaji tahap penerimaan kandungan dakwah di media sosial dalam kalangan netizen Muslim dan mengkaji hubungan antara ciri-ciri netizen Muslim dengan tahap penerimaan kandungan dakwah di media sosial. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui pengedaran instrumen soal selidik dalam talian sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai 306 responden dipilih menggunakan jenis persampelan bertujuan. Data dianalisis secara ujian statistik deskriptif dan ujian Korelasi Spearman’s Rho menggunakan perisian SPSS 32.0. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti netizen Muslim menggunakan media sosial YouTube untuk mengakses kandungan dakwah. Manakala, kebanyakan netizen Muslim berada pada ciri-ciri Oppositional Reading ketika menerima kandungan dakwah di media sosial. Tahap penerimaan kandungan dakwah di media sosial dalam kalangan netizen Muslim berada pada tahap yang tinggi iaitu sebanyak 89.9 peratus (89.9%). Manakala, terdapat hubungan yang signifikan kuat antara ciri-ciri netizen muslim dengan tahap penerimaan kandungan dakwah di media sosial iaitu (r=0.071, p=0.00). Implikasi kajian ini mengetengahkan bidang kajian mengenai kandungan dakwah yang sepatutnya diberi perhatian melalui penggunaan media sosial. Kajian ini diharapkan menyumbang kepada perkembangan dakwah media sosial yang membawa kesejahteraan sosial netizen Muslim melalui penghasilan kandungan dakwah yang tepat dan benar.
Pages: 128
Call Number: BP170.85.H879 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781364
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Tahap penerimaan kandungan dakwah di media sosial dalam kalangan netizen Muslim.pdf
  Restricted Access
Full-text1.81 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.