Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781363
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSuhaila Zailani @ Hj Ahmad, Dr.en_US
dc.contributor.authorNurul Asmira Mohammad Yusuff (P104152)en_US
dc.date.accessioned2025-11-20T01:49:28Z-
dc.date.available2025-11-20T01:49:28Z-
dc.date.issued2024-11-08-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781363-
dc.description.abstractBudaya dapat dilihat daripada seluruh aspek kehidupan sesuatu masyarakat atau bangsa sama ada dari sudut material atau bukan material seperti makanan, pakaian, minuman, tempat tinggal, keadaan persekitaran, tingkah laku, cara pergaulan, cara berkomunikasi dan bertutur, pegangan dan kepercayaan, adat resam dan cara berfikir. Namun, pengekalan identiti budaya menjadi suatu cabaran terbesar kepada penterjemah dalam mencari padanan yang sesuai ketika proses terjemahan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan penterjemahan teks komik. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti pengkategorian identiti budaya masyarakat Melayu dalam komik Budak Kampung, menganalisis prosedur terjemahan identiti budaya masyarakat Melayu ke bahasa Arab dan mengesan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan prosedur penterjemahan identiti budaya masyarakat Melayu dalam komik tersebut. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menganalisis kandungan teks komik Budak Kampung dan terjemahannya dalam bahasa Arab, Tiflu al-Qaryah. Kajian memanfaatkan teori budaya dan prosedur terjemahan Newmark bagi mengenal pasti data kajian. Daripada 196 perkataan beridentiti budaya yang dikenal pasti, hanya 40 sampel sahaja dianalisis secara rawak sistematik sebagai contoh penggunaan prosedur terjemahan Newmark. Kajian mendapati lima kategori utama identiti budaya Newmark dipaparkan, iaitu: i) budaya ekologi, ii) budaya material, iii) budaya sosial, iv) budaya organisasi, adat resam/kepercayaan, aktiviti, konsep dan v) budaya gerak geri dan tabiat/kebiasaan. Bagi prosedur terjemahan pula, lapan prosedur terjemahan Newmark dimanfaatkan dalam kajian ini, iaitu: i) literal, ii) naturalisasi, iii) transposisi, iv) penambahan kata, v) pengguguran kata, vi) padanan budaya, vii) kuplet dan viii) deskriptif. Prosedur terjemahan kuplet paling kerap digunakan oleh penterjemah, iaitu sebanyak 10 kali. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan prosedur terjemahan adalah disebabkan oleh faktor kandungan budaya dalam teks sumber, kemasyhuran teks sumber, ketiadaan padanan terhampir, perbezaan budaya dan bahasa, mempertahankan keaslian budaya sumber dan menemui padanan terhampir. Kajian ini telah mengemukakan prosedur terjemahan yang sesuai diaplikasikan dalam menangani isu penterjemahan identiti budaya Melayu melalui karya penulisan komik. Kajian ini memberi implikasi kepada penterjemah amatur sebagai panduan untuk menterjemah identiti budaya masyarakat Melayu khususnya penterjemahan menerusi karya penulisan tempatan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMalay language -- Translating -- Techniqueen_US
dc.subjectMalay language -- Translating into Arabicen_US
dc.subjectCultural translation -- Malaysiaen_US
dc.subjectMalay language -- Terms and phrasesen_US
dc.subjectMetaphor --Translatingen_US
dc.subjectTranslating and interpreting -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleProsedur penterjemahan identiti budaya masyarakat Melayu dalam komik Budak Kampung ke bahasa Araben_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages184en_US
dc.identifier.callnoPL5084.4.A2N877 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007672en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Prosedur penterjemahan identiti budaya masyarakat Melayu dalam komik Budak Kampung ke Bahasa Arab.pdf
  Restricted Access
Partial576.4 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.