Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781362| Title: | Transaksi jual beli item permainan atas talian Dota 2 menurut perspektif Islam |
| Authors: | Iffah Abd Razak (P98320) |
| Supervisor: | Amir Fazlim Jusoh @ Yusoff, Dr. |
| Keywords: | Commercial law (Islamic law) Sales (Islamic law) Video games Internet games Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 5-Nov-2024 |
| Abstract: | Permainan atas talian semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Permainan tersebut khususnya permainan Dota 2 telah menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa saban tahun. Peningkatan dalam pengaksesan permainan tersebut telah menghasilkan statistik yang tinggi dalam transaksi jual beli item permainan Dota 2. Oleh itu, kajian ini penting untuk menentukan keharusannya, memandangkan transaksi yang terlibat turut melibatkan umat Islam. Terdapat tiga permasalahan kajian dalam kajian ini, iaitu ketidakjelasan mengenai status permainan Dota 2, ketepatan nilai item permainan atas talian dengan nilai harta dalam Islam dan hukum transaksi jual beli item permainan Dota 2. Kajian kualitatif ini menggunakan teknik kajian jenis analisis kandungan. Hasil dapatan kajian, mendapati bahawa transaksi jual beli item permainan Dota 2 adalah harus kerana item tersebut bukan sahaja tergolong dalam status harta menurut konsep harta malah transaksi tersebut juga memenuhi rukun serta syarat jual beli yang telah disyariatkan dalam konsep jual beli. Namun begitu, sekiranya terdapat perkara yang negatif dalam transaksi tersebut maka keharusannya juga akan berubah. Akhir sekali, kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam transaksi jual beli tersebut. |
| Pages: | 114 |
| Call Number: | BP158.C59I35 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781362 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Transaksi jual beli item permainan atas talian Dota 2 menurut perspektif Islam.pdf Restricted Access | Full-text | 1.58 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.