Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781361| Title: | Amalan beragama warga emas melalui pelaksanaan program di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah |
| Authors: | Zainursyamimi Zakaria (P98313) |
| Supervisor: | Zuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Older people -- Religious life Preaching to older people -- Malaysia -- Selangor Older Muslims Islam -- Customs and practices Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 22-Dec-2024 |
| Abstract: | Peningkatan populasi warga emas di dunia mengalami perkembangan yang pesat termasuklah di negara Malaysia. Dewasa ini menunjukkan senario di mana kebanyakan warga emas menghabiskan usia tua mereka di pusat jagaan. Penempatan warga emas di pusat jagaan dapat membantu mereka dalam mengamalkan ajaran agama dengan baik namun pelaksanaan program penghayatan amalan beragama untuk warga emas memerlukan perhatian yang lebih sebagai langkah persediaan dalam menghadapi Malaysia menuju Negara Tua 2030. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mengkaji konsep penghayatan agama untuk warga emas menurut Islam, mengenalpasti pelaksanaan program yang dapat memenuhi amalan beragama warga emas dan menganalisis keberkesanan program yang dijalankan terhadap penghayatan amalan beragama warga emas di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes. Metodologi kajian ialah analisis dokumen dan temubual. Pengkaji menemubual 3 orang pentadbiran yang bertanggungjawab dan berpengalaman dalam menguruskan program di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah. Selain itu, pengkaji juga menemubual 16 informan yang menepati syarat-syarat kajian. Data terkumpul dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan mengikut tema berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep penghayatan agama untuk warga emas terbahagi kepada tiga elemen iaitu elemen akidah, elemen syariah dan juga elemen akhlak. Seterusnya, pelaksanaan program di Darul Insyirah telah dapat membantu memenuhi amalan beragama warga emas. Program yang dilaksanakan di pusat jagaan warga emas memberi kesan yang positif terhadap penghayatan amalan beragama warga emas. Keberkesanan program yang dijalankan membuktikan bahawa ia dapat meningkatkan amalan beragama warga emas. Kajian ini turut mencadangkan agar pusat jagaan warga emas sedia ada lebih teliti dalam merancang program yang memberi kesan kepada pemahaman ilmu yang baik terhadap warga emas dalam jangka masa yang panjang. |
| Pages: | 150 |
| Call Number: | BP188.18.O43Z35 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781361 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Amalan beragama warga emas melalui pelaksanaan program di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah.pdf Restricted Access | Full-text | 2.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.