Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781357
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdull Rahman Mahmood, Dr.en_US
dc.contributor.advisorWan Haslan Khairuddin, Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Firdaus Mohamad Darwi (P119478)en_US
dc.date.accessioned2025-11-20T01:10:55Z-
dc.date.available2025-11-20T01:10:55Z-
dc.date.issued2024-08-09-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781357-
dc.description.abstractAkidah tauhid yang menjadi tunjang kepada agama Islam amat bercanggah dengan unsur-unsur yang terdapat dalam konotasi istilah kufur, syirik serta bidaah berdasarkan nas-nas al-Quran serta Hadis. Perbezaan terminologi terhadap ketiga istilah tersebut sekiranya tidak dijelaskan dengan sebaiknya serta difahami dengan sebenarnya dapat menatijahkan pelbagai kefahaman, persepsi dan respons sehingga mengakibatkan ketegangan dalam kalangan masyarakat. Kajian ini merupakan analisis terhadap pemikiran Muhammad bin Yūsuf al-Sanūsī (832H-895H) menerusi rangkaian karya-karyanya khususnya al-Muqaddimāt. Fokus kajian pemikiran al-Sanūsī adalah terhadap perbahasan berkaitan kufur, syirik dan bidaah. Kajian ini bertujuan menonjolkan ketokohan al-Sanūsī, meneroka pemikirannya dan menilai saranannya sebagai solusi dalam mendepani isu-isu khususnya berkaitan kufur, syirik dan bidaah. Metodologi kajian ini mengguna pakai reka bentuk kajian kualitatif dengan metode analisis kandungan teks. Pemerolehan data-data kajian dengan metode dokumentasi dan penganalisisan data kajian berasaskan metode induktif, metode deduktif serta metode komparatif. Dapatan kajian merumuskan ketokohan al-Sanūsī dalam bidang akidah sangat signifikan menerusi rangkaian karya-karyanya yang bersifat asas-lanjutan, rendah-tinggi atau awam-khusus. Manakala inti sari pemikiran akidah al-Sanūsī dapat dirumuskan melalui karyanya yang bersifat pengantar atau prolegomena iaitu al-Muqaddimāt. Konsep kufur, syirik dan bidaah menurut al-Sanūsī mempunyai huraian usul, punca dan jenisnya. Manakala implikasi daripada ketiga-tiganya hanya dalam aspek pegangan bukan dalam aspek perbuatan. Dengan itu, hasil kajian ini diharapkan dapat mengemukakan panduan fiqh al-ta‘āyush atau fikah kehidupan sosial dalam interaksi Muslim sesama saudaranya dan Muslim dengan masyarakat berlainan agama.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectKufr (Islam)en_US
dc.subjectPolytheism -- Islamen_US
dc.subjectTaqliden_US
dc.subjectIslam -- Doctrinesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePemikiran Imam Al Sanusi M895H terhadap perbahasan kufur syirik dan bidaahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages154en_US
dc.identifier.callnoBP166.785.M645 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007666en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemikiran Imam Al Sanusi M895H terhadap perbahasan kufur syirik dan bidaah
  Restricted Access
Full-text2.15 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.