Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781161
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorA Rahman A Jamal, Prof. Datuk. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNurul Syakima, Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Syazani Suhaimi (P70520)en_US
dc.date.accessioned2025-11-03T03:27:46Z-
dc.date.available2025-11-03T03:27:46Z-
dc.date.issued2018-09-27-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781161-
dc.description.abstractKanser endometrioid endometrium (EEC) merupakan kanser endometrium paling lazim dan boleh dibahagikan kepada subjenis reseptor estrogen positif (ER positif) dan reseptor estrogen negatif (ER negatif). Berbeza dengan kanser payudara, peranan ER dalam EEC masih belum jelas. Walaubagaimanapun, paras ER yang lebih tinggi meramalkan kelangsungan hidup yang baik. Lanskap mutasi kanser dibuktikan mampu membantu dalam pemilihan rawatan, namun spektrum mutasi gen kedua-dua subjenis EEC kurang diketahui. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat profil mutasi gen dalam subjenis ER positif dan ER negatif serta penglibatannya dalam karsinogenesis EEC berkaitan estrogen. Penjujukan sasaran melibatkan 409 gen berkaitan kanser menggunakan Ion Ampliseq™ Comprehensive Cancer Panel dijalankan ke atas 10 tisu endometrium normal dan 19 EEC yang telah disahkan status histologi ER. Keputusan penjujukan dianalisa menggunakan Torrent Suite, dianotasi menggunakan ANNOVAR dan divalidasi menggunakan penjujukan Sanger. Sebanyak 732 varian dari 270 gen telah dikenalpasti terlibat dalam subjenis ER positif manakala sebanyak 458 varian dari 211 gen telah dikenalpasti terlibat dalam subjenis ER negatif. Antara gen yang terlibat dalam kanser endometrium, perubahan jujukan PTEN paling kerap ditemui dalam subjenis ER positif (64%, n=11), manakala perubahan jujukan PI3KCA dan ARID1A paling lazim dikenalpasti dalam subjenis ER negatif EEC (50%, n=8). Apabila penelitian difokus kepada gen berkaitan laluan isyarat reseptor estrogen, perubahan WHSC1 (27%, n=11) di kalangan subjenis ER positif EEC dikenalpasti untuk analisis lanjutan. WHSC1 bertanggungjawab mengawalatur serta bertindak sebagai pengaktif bersama reseptor estrogen, menjadikannya sasaran relevan untuk kajian ini. Pencirian fungsian mutasi pada domain SET (p.R1126H) dan PHDV (p.L1268P) menunjukkan peningkatan signifikan dari segi kehidupan sel, proliferasi, migrasi, serta potensi klonogenik dalam sel selanjar kanser ECC-1, sejajar dengan ciri-ciri yang dipamerkan oleh mutasi pemerolehan fungsi. Mutasi p.L1268P berpotensi meningkatkan pengaktifan laluan isyarat reseptor estrogen serta sensitif terhadap rawatan fulvestrant. Penjujukan generasi baru mendedahkan spektrum mutasi subjenis ER positif dan ER negatif EEC yang boleh membawa kepada pemahaman mekanisme biologi kanser endometrium, seterusnya menambahbaik pencegahan, pengesanan awal dan rawatan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationUKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMolekul Biologien_US
dc.subjectResearchen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePencirian perubahan jujukan gen dalam kanser endometrium endometrioid dengan reseptor estrogen positif dan reseptor estrogen negatifen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages68en_US
dc.identifier.callnoQU20.S6221p 2018 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002202745en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafahen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.