Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781160
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEmelia Osman, Dren_US
dc.contributor.advisorAlfizah Hanafiah, Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Nur Su' Aidah Nasarudin (P73038)en_US
dc.date.accessioned2025-11-03T03:26:21Z-
dc.date.available2025-11-03T03:26:21Z-
dc.date.issued2017-02-07-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781160-
dc.description.abstractMikrosporidia muncul sebagai patogen oportunistik dan kebanyakan jangkitannya menyebabkan diarea kronik pada pesakit terimunokompromi. Diagnosis rutin mikrosporidia bergantung kepada pemeriksaan mikroskopik menggunakan mikroskop cahaya. Namun, interpretasi slaid amat sukar kerana saiz sporanya yang terlalu kecil. Pengesanan molekular dengan kaedah tindak balas rantai polimerase (PCR) pula memakan masa dan memerlukan mesin kitaran terma yang membataskan penggunaannya terutama di makmal-makmal yang kekurangan peralatan. Amplifikasi isoterma berpengantara gelung (LAMP), adalah satu kaedah pengesanan molekular berprestasi tinggi yang merupakan satu alternatif praktikal yang agak mudah, pantas dan tidak memerlukan peralatan canggih. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan asai LAMP bagi mengesan DNA Enterocytozoon bieneusi dalam spesimen tinja manusia. Empat primer khusus untuk E. bieneusi telah direkabentuk sepadan dengan jujukan gen SSU rRNA dan diuji ke atas 100 sampel tinja yang diperoleh daripada Orang Asli. Teknik LAMP dilakukan pada ketetapan suhu 60°C selama satu jam. Produk amplifikasi dianalisa menggunakan reagen pengesanan pendarfluor (FDR) dan elektroforesis gel. Sebanyak 39 daripada 100 sampel tinja (39%) adalah disahkan positif terhadap E. bieneusi menggunakan LAMP berbanding PCR (33/100; 33%) dan pemeriksaan mikroskopik (32/100; 32%). Sensitiviti, spesifisiti dan persetujuan diagnostik di antara pemeriksaan mikroskopik, PCR dan LAMP juga telah dinilai dan dibandingkan. LAMP memberikan nilai sensitiviti sebanyak 94% dan spesifisiti 88% berbanding pemeriksaan mikroskopik (sensitiviti = 48%, spesifisiti = 76%). Tiada perbezaan signifikan dalam pengesanan positif E. bieneusi didapati oleh ketiga-tiga kaedah ini (nilai–p = 0.530). Bagaimanapun, LAMP mempamerkan persetujuan diagnostik yang teguh dengan PCR (κ = 0.78) manakala persetujuan diagnostik yang wajar ditunjukkan di antara kaedah pemeriksaan mikroskopik dan PCR (κ = 0.25). Kesimpulannya, asai LAMP E. bieneusi telah berjaya dibangunkan dan aplikasinya di makmal-makmal diagnostik adalah disyorkan untuk pengesanan E. bieneusi yang lebih sensitif dan spesifik dalam spesimen tinja manusia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectParasitologyen_US
dc.subjectResearchen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan asai amplifikasi isoterma berpengantara gelung (lamp) untuk pengesanan mikrosporidia (enterocytozoon bieneusi) dalam spesimen tinja manusiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages42en_US
dc.identifier.callnoQX20.S622k 2017 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002202227en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Parasitologi)en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.