Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781122| Title: | Kompetensi pendidik 4.0 dalam kalangan pensyarah Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA |
| Authors: | Melor Masdoki (P101243) |
| Supervisor: | Rosseni Din, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Prof. Madya Ts. Dr. |
| Keywords: | Educational technology -- Study and teaching Computer-assisted instruction Technological innovations. Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 23-Jul-2024 |
| Abstract: | Pendidik 4.0 merupakan satu konsep yang menerangkan ciri-ciri pendidik masa depan yang mampu mengendalikan pelbagai teknologi secara cekap dalam Pendidikan 4.0. Kesediaan dalam penggunaan pelbagai teknologi pintar atau Teknologi 4.0 menjadi satu transformasi kepada sistem pendidikan negara khususnya dalam kaedah pengajaran termasuk di Institusi Pendidikan Tinggi. Transformasi ini memerlukan peningkatan kompetensi pensyarah dan ia perlu selari dengan objektif negara untuk menghasilkan pendidik berdaya saing dan berinovasi tinggi dalam Era 4.0. Keperluan kepada alat pengukuran adalah penting kerana masih kurang penyelidikan dijalankan untuk menguji kompetensi Pendidik 4.0 di Malaysia dan di peringkat global. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengukur kompetensi Pendidik 4.0 dengan membina instrumen baharu adaptasi daripada model DigCompEdu dan teori Literasi Teknologi. Konstruk-konstruk yang bersesuaian dikenal pasti, diuji dan disahkan melalui penilaian pakar dan kajian rintis menggunakan model pengukuran Rasch dengan pengujian utamanya iaitu unidimensionaliti, keserasian item dan kebebasan setempat. Seterusnya, instrumen dianalisis menggunakan SEM-PLS bagi mengesahkan dapatan sebenar dan melihat sumbangan setiap konstruk terhadap kompetensi Pendidik 4.0. Sampel yang digunakan dalam kajian ini melibatkan 274 orang responden daripada populasi pensyarah di empat Kolej MARA dan enam Kolej Profesional MARA di seluruh negara. Tujuh konstruk dikenal pasti iaitu literasi Teknologi 4.0, penglibatan profesional, sumber Teknologi 4.0, pengajaran dan pembelajaran, penilaian, pemerkasaan pelajar dan pemudah kecekapan Teknologi 4.0 pelajar. Literasi Teknologi 4.0 menjadi dimensi yang ditambah baik untuk mengukur dan menilai tahap pengetahuan, kebiasaan dan kesedaran pensyarah tentang ciri-ciri Pendidik 4.0 sebelum mengukur dimensi-dimensi lain. Soal selidik diedarkan kepada responden secara bertujuan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan pengukuran SEM-PLS. Dapatan deskriptif menunjukkan tahap kompetensi Pendidik 4.0 adalah tinggi. Kesemua konstruk telah melepasi kesahan konvergen dan kesahan diskriminan yang mencukupi dengan nilai Variance Inflation Factor (VIF) yang baik dan nilai Heterotrait-Monotrait ration (HTMT) bagi kesemua konstruk adalah lebih besar daripada nilai muatan dalaman (inner loadings) yang lain. Analisis pengesahan hipotesis menunjukkan kesemua konstruk mempunyai sumbangan positif terhadap kompetensi Pendidik 4.0 kecuali konstruk penglibatan profesional mempunyai sumbangan yang tidak signifikan terhadap kompetensi Pendidik 4.0. Secara keseluruhan, kajian ini telah mewujudkan satu instrumen pengukuran yang mampu mengukur kompetensi Pendidik 4.0 serta menambah baik konstruk dalam model DigCompEdu. Ia boleh menjadi rujukan refleksi kepada pensyarah untuk menambah baik strategi pengajaran dan mengembangkan kompetensi sedia ada. Instrumen ini menambah baik SPMa dalam MARA dan boleh digunakan di institusi pendidikan lain sebagai penunjuk prestasi. Permasalahan yang wujud daripada kajian ini boleh menjadi rujukan pihak MARA dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memastikan kemudahan dan keperluan kepada Teknologi 4.0 dapat diperluaskan dan di akses oleh semua institusi supaya selari dengan keperluannya sebagai alat sokongan pendidikan. |
| Pages: | 403 |
| Call Number: | LB1028.3.M455 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781122 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kompetensi pendidik 4.0 dalam kalangan pensyarah kolej MARA dan kolej profesional MARA.pdf Restricted Access | Partial | 1.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.