Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781120
Title: Efikasi kendiri guru sebagai mediator antara peranan pemimpin pembelajaran pengetua dan pembelajaran profesional guru
Authors: Haslina Said (P80486)
Supervisor: Aida Hanim A. Hamid, Dr.
Azlin Norhaini Mansor, Prof. Madya Dr.
Keywords: Teacher effectiveness
Educational leadership.
School principals -- Professional relationships
Teachers -- Professional relationships
Career development -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Aug-2024
Abstract: Kepimpinan pengetua memainkan peranan yang penting dalam pembangunan profesional guru bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan kualiti pengajaran guru. Pengetua yang tidak menggalakkan guru untuk belajar dan tidak menyokong aktiviti pembelajaran guru sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran profesional guru. Justeru, guru yang kurang menguasai ilmu, kemahiran dan nilai secara konsisten yang boleh menjejaskan kualiti pengajaran. Tambahan pula, tahap efikasi kendiri guru kurang konsisten dalam memenuhi keperluan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional, efikasi kendiri guru dan pembelajaran profesional guru di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Selatan. Kajian ini turut mengkaji hubungan dan pengaruh peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional dan efikasi kendiri guru terhadap pembelajaran profesional guru. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan efikasi kendiri guru sebagai pemboleh ubah mediator antara hubungan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional dan pembelajaran profesional guru. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan dengan populasi guru seramai 1033 orang dan sampel guru seramai 285 orang. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Analisis deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menjawab soalan dan hipotesis kajian. Hasil analisis deskriptif menunjukkan tahap peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional (min=4.11), efikasi kendiri guru (min=4.09) dan pembelajaran profesional guru (min=4.14) menunjukkan tahap yang tinggi. Terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional dengan pembelajaran profesional guru (r=.561, sig=.000 (p<.005), antara peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional dengan efikasi kendiri guru (r =.569, sig=.000 (p<.005),) dan antara efikasi kendiri guru dengan pembelajaran profesional guru (r =.691, sig=.000 (p<.005). Pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional menerusi pemimpin reflektif dan pembina memberi pengaruh terhadap pembelajaran profesional guru. Dalam kajian ini efikasi kendiri guru berperanan sebagai pemboleh ubah mediator (r=31.29%) yang menunjukkan hubungan antara peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional dengan pembelajaran profesional guru. Implikasi kajian ini mencadangkan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, KPM menitikberatkan peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional dan memfokuskan efikasi kendiri guru untuk meningkatkan pembelajaran profesional guru. Kesimpulannya, pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional memainkan peranan penting dalam usaha untuk meningkatkan efikasi kendiri guru dan seterusnya meningkatkan pembelajaran profesional guru.
Pages: 358
Call Number: LB1025.3.H383 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781120
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Efikasi kendiri guru sebagai mediator antara peranan pemimpin pembelajaran pengetua dan pembelajaran profesional guru.pdf
  Restricted Access
Full-text3.39 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.