Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781119
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Effendi @ Ewan bin Mohd Matore, Prof Madya Ts. Dr.en_US
dc.contributor.advisorSiti Mistima Maat, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.author'Azad Iqram Nadmilail (P107060)en_US
dc.date.accessioned2025-10-30T01:19:07Z-
dc.date.available2025-10-30T01:19:07Z-
dc.date.issued2024-08-14-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781119-
dc.description.abstractPemilihan guru pelatih ke Institut Pendidikan Guru merangkumi pelbagai prosedur dengan pelbagai alat ujian yang digunakan ujian psikometrik, ujian kecergasan fizikal dan proses temuduga. Ini bagi memastikan calon yang terpilih adalah calon yang menepati piawaian yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, kajian tentang pemilihan guru pelatih masih kurang dijalankan khususnya di Malaysia. Malah, prosedur yang dijalankan kurang memberi fokus kepada domain-domain berdasarkan Standard Guru Malaysia 2.0 iaitu kualiti peribadi, pelibatan komuniti, orientasi ilmu dan instruksional. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membina instrumen Situational Judgement Test bagi pemilihan guru pelatih ke Institut Pendidikan Guru. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan secara eksploratori yang melibatkan empat fasa dengan sebelas langkah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah instrumen SJT. Sampel kajian ini melibatkan guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru yang dipilih berdasarkan teknik pensampelan pelbagai tahap berstrata berkadaran. Data dikumpul dan dianalisis mengikut pendekatan model pengukuran Rasch dengan menggunakan perisian WINSTEPS 5.1.5.2 bagi tujuan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Kajian telah berjaya mencapai tujuan untuk membina instrumen SJT bagi pemilihan guru pelatih ke IPG. Dapatan kajian telah menghasilkan konsep baharu dan elemen pengukuran bagi kualiti peribadi dan pelibatan komuniti berdasarkan konteks profesion keguruan. Sejumlah 70 item SJT memenuhi andaian analisis Rasch Model. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan bagi skor kualiti peribadi dan pelibatan komuniti berdasarkan gender dan bidang pengajian. Kajian ini memberikan implikasi yang besar kepada pemegang taruh tentang kaedah pemilihan guru pelatih ke IPG sebagai kaedah alternatif yang lebih baik. Instrumen yang dibina juga mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik untuk digunakan dalam konteks pemilihan sebenar. Kajian ini juga mencadangkan pengujian kualiti instrumen dipertingkatkan dan menggunakan pembolehubah lain seperti terkandung dalam kerangka Standard Guru Malaysia 2.0.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectTeachers -- Selection and appointmenten_US
dc.subjectTeachers -- Training of.en_US
dc.subjectEducational tests and measurementsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembinaan instrumen Situational Judgement Test (SJT) bagi pemilihan guru pelatih ke Institut Pendidikan Guru (IPG)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages642en_US
dc.identifier.callnoLB2835.A993 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007572en_US
dc.format.degreePhDen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembinaan instrumen situational judgement test (SJT) bagi pemilihan guru pelatih ke institut pendidikan guru (IPG).pdf
  Restricted Access
Full-text24.28 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.