Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781111Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Zafir Khan Mohamed Makhbul, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Lokhman Hakim Osman, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Raze Norshyahman Shahril (P106548) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2025-10-30T01:08:10Z | - |
| dc.date.available | 2025-10-30T01:08:10Z | - |
| dc.date.issued | 2025-01-03 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781111 | - |
| dc.description.abstract | Dalam era peningkatan inovasi digital sektor awam melalui inisiatif e-Kerajaan, penggunaan Sistem Pengurusan Dokumen Digital (SPDD) memainkan peranan utama dalam transformasi proses pengurusan dan pentadbiran rekod. Meskipun berpotensi meningkatkan kecekapan melalui transformasi tabiat kerja, implementasi SPDD turut menghadapi cabaran seperti penolakan pekerja dan kurangnya kesedaran terhadap perubahan teknologi. Kajian ini bertujuan untuk memahami hubungan antara tanggapan mudah guna, tanggapan kebergunaan, motivasi psikologikal (motivasi intrinsik, regulasi yang dikenal pasti, dan regulasi luaran), niat tingkah laku, dan tingkah laku penerimagunaan SPDD dalam sektor awam di Malaysia, dengan mengambil kira peranan jenis personaliti kesepakatan dan ketelitian sebagai pemboleh ubah penyederhana. Pendekatan kajian ini menggunakan Pendekatan Pelbagai Teori Pelengkap (Complementary Theoretical Pluralistic Approach) dengan menggabungkan konstruk daripada Model Penerimaan Teknologi dan motivasi psikologikal daripada Teori Penentuan Kendiri ke dalam satu model konseptual yang menyeluruh. Kajian ini melibatkan 483 responden daripada kalangan pegawai Pengurusan dan Profesional Gred 41-54 di sektor awam Persekutuan, menggunakan teknik pensampelan kuota. Analisis data dilakukan menggunakan kaedah Pemodelan Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (Partial Least Squares Structural Equation Modeling -PLS-SEM). Keputusan kajian mendapati bahawa tanggapan mudah guna, tanggapan kebergunaan, motivasi intrinsik, regulasi yang dikenal pasti dan regulasi luaran mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan niat pekerja untuk menggunakan SPDD. Selain itu, niat turut mempengaruhi penerimagunaan SPDD secara positif. Hubungan ini turut diperkukuhkan apabila personaliti pekerja, khususnya jenis kesepakatan dan jenis ketelitian, memainkan peranan sebagai penyederhana. Hasil kajian menunjukkan bahawa motivasi teknologi dan motivasi psikologikal memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan tingkah laku penerimagunaan SPDD, manakala jenis personaliti memperkukuh hubungan antara niat dan penerimagunaan. Penemuan ini memberikan implikasi penting untuk sektor awam dalam merancang dan melaksanakan inisiatif pendigitalan yang lebih strategik. Dapatan kajian ini juga menyumbang kepada literatur penerimaan teknologi dan memperluaskan pemahaman tentang aspek penerimagunaan teknologi dalam kalangan pekerja sektor awam di negara membangun seperti Malaysia. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Information technology -- Psychological aspects | en_US |
| dc.subject | Information technology -- Management | en_US |
| dc.subject | Technological innovations -- Management | en_US |
| dc.subject | Motivation (Psychology) | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Hubungan tanggapan teknologi dan motivasi psikologikal terhadap penerimagunaan sistem pengurusan dokumen digital : jenis personaliti sebagai penyederhana | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 253 | en_US |
| dc.identifier.callno | HD30.2.R39 2025 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007649 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Hubungan tanggapan teknologi dan motivasi psikologikal terhadap penerimagunaan sistem pengurusan dokumen digital jenis personaliti sebagai penyederhana.pdf Restricted Access | Full-text | 1.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.