Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781104Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Mohd Azlan Shah Zaidi, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Wye Chung Khain, Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Ishak Yussof, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Aainaa Amirah Haron (P84814) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2025-10-28T00:57:21Z | - |
| dc.date.available | 2025-10-28T00:57:21Z | - |
| dc.date.issued | 2024-12-01 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781104 | - |
| dc.description.abstract | Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang dibangunkan oleh UNDP pada tahun 1990 bertujuan untuk mengukur tahap pembangunan ekonomi dan sosial suatu negara. HDI merangkumi dimensi penting dalam kehidupan manusia, iaitu kehidupan berpanjangan dan sihat, pengetahuan, dan taraf hidup. Walaupun HDI telah digunakan secara meluas sebagai pengukuran pembangunan manusia, ia juga terhad kepada beberapa limitasi yang telah dibincangkan oleh penyelidik sebelum ini, seperti pemilihan pemboleh ubah dalam HDI yang tidak mencerminkan idea pembangunan manusia semasa, terutamanya dalam konteks penggunaan teknologi ICT. Hakikatnya, teknologi ICT secara asasnya merupakan antara faktor penting dalam pembangunan ekonomi dan manusia. Oleh itu, satu HDI alternatif telah dibina dengan mempertimbangkan dimensi teknologi ICT bagi tempoh 1990 sehingga 2021, melibatkan sembilan (9) buah negara ASEAN. Tahap pencapaian imunisasi juga ditambah sebagai indikator tambahan di bawah dimensi sedia ada iaitu kehidupan berpanjangan dan sihat. HDI alternatif (HDI+) ini akan dibandingkan dengan HDI UNDP untuk melihat perbezaan secara statistik antara kedua-dua indeks tersebut, dengan tujuan membuktikan bahawa HDI berasaskan teknologi ICT dan imunisasi juga komprehensif dan boleh digunakan secara lebih meluas. Namun, pencapaian pembangunan manusia juga bergantung kepada kecekapan kerajaan dalam menguruskan kewangannya. Isu rasuah menjadi penentu kepada peruntukan kewangan yang lebih berkesan. Oleh itu, HDI yang telah dibina dijadikan pemboleh ubah bersandar untuk meneroka sejauhmana faktor institusi tersebut mempengaruhi kesan perbelanjaan kerajaan terhadap HDI dengan menggunakan kaedah panel statik. Menurut kajian lepas, pencapaian teknologi ICT adalah penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk. Oleh itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sejauhmana HDI berasaskan teknologi ICT boleh mempengaruhi ketidaksamaan pendapatan dalam kalangan negara ASEAN menggunakan kaedah model Kumpulan Min Terkumpul-Auto Regresif Lat Tertabur (PMG-ARDL). Keputusan kajian mendapati bahawa HDI yang telah dibangunkan oleh UNDP merupakan suatu nilai yang terlebih anggar sekiranya faktor tekonologi ICT dan imunisasi tidak diambil kira. Keputusan daripada panel statik pula menunjukkan bahawa perbelanjaan kerajaan memberikan kesan positif kepada HDI+ dalam keadaan kualiti institusi yang baik. Ini bermakna perbelanjaan kerajaan yang berterusan tanpa kualiti institusi yang baik hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada pembangunan manusia di ngara ASEAN. Keputusan daripada PMG-ARDL mendapati bahawa HDI+ mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dalam jangka masa panjang bagi lima (5) negara ASEAN. Namun begitu, peningkatan dalam HDI-UNDP pula meningkatkan ketidaksamaan pendapatan di negara ASEAN. Berdasarkan keputusan kajian, terdapat keperluan untuk menggalakkan akses yang saksama kepada ICT, termasuk meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur jalur lebar dan mengembangkan akses internet yang mampu milik. Perkara ini amat penting untuk meningkatkan pembangunan manusia dan ekonomi dalam jangka masa panjang.Walau bagaimanapun, kajian ini mempunyai limitasi untuk menguji teknologi yang lebih canggih seperti bilangan paten atau kecerdasan buatan (AI) kerana limitasi data dan kurang sesuai dengan tujuan HDI dibangunkan. HDI yang dibangunkan juga terhad kepada negara ASEAN sahaja dan boleh dibangunkan secara global pada masa akan datang. Kesimpulannya, HDI tidak hanya tertakluk kepada dimensi kehidupan berpanjangan dan sihat, pengetahuan, dan kos sara hidup, malahan juga indikator teknologi. Indikator HDI perlu diperbaharui mengikut peredaran masa untuk mencerminkan realiti pembangunan manusia tanpa mengubah tujuan asal HDI. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Quality of Life -- ASEAN countries | en_US |
| dc.subject | Economic development -- Social aspects | en_US |
| dc.subject | Information technology -- ASEAN countries | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Indeks pembangunan manusia berasaskan teknologi, faktor institusi dan ketidaksamaan pendapatan di negara ASEAN | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 235 | en_US |
| dc.identifier.callno | HN690.8.A85.A25 2024 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007647 | en_US |
| dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Indeks pembangunan manusia berasaskan teknologi, faktor institusi dan ketidaksamaan pendapatan di negara Asean.pdf Restricted Access | Full-text | 3.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.