Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781047| Title: | Kebolehgunaan Modul Latihan Gimnastik KSSR untuk guru Pendidikan Jasmani |
| Authors: | Nurhidayah Yaakop (P103932) |
| Supervisor: | Denise Koh Choon Lian, Dr. Ruhizan Mohammad Yasin, Prof. Dr. |
| Keywords: | Physical education and training Curriculum planning Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 11-Jun-2024 |
| Abstract: | Gimnastik Asas merupakan salah satu bidang kemahiran di dalam Pendidikan Jasmani sekolah rendah di Malaysia. Namun begitu, bahan sokongan untuk guru Pendidikan Jasmani mengendalikan sesi Gimnastik Asas adalah terhad. Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Latihan Gimnastik berdasarkan skop Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Modul Latihan Gimnastik KSSR) untuk guru Pendidikan Jasmani. Reka bentuk kajian adalah Design and Development Research (DDR). Fasa pertama ialah analisis keperluan yang didasari Discrepancy Model (1987). Dua sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD), terdiri daripada guru baharu (n=5) dan guru berpengalaman (n=5) Pendidikan Jasmani, telah dijalankan untuk meneroka keperluan guru dalam mengendali sesi Pemudahcaraan dan Pembelajaran (PdPc) Pendidikan Jasmani. Hasil daripada fasa satu memperoleh tiga tema iaitu (i) modul yang inklusif, (ii) bahan sokongan dan (iii) kandungan yang berinovasi. Fasa kedua ialah reka bentuk dan pembangunan yang didasari The Sequential-Iterative Model (Model SIM) (1998), Teori Konstruktivisme (1978) dan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (2002). Kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM) dijalankan untuk menentukan komponen utama dalam Modul Latihan Gimnastik KSSR, FDM melibatkan pakar dari pelbagai pihak (n=16) dan komponen yang dikenal pasti adalah (i) objektif, (ii) isi kandungan, (iii) strategi, (iv) aktiviti, (v) aplikasi dan (vi) penilaian modul. Fasa ketiga ialah penilaian tahap kebolehgunaan modul yang melalui kaedah Modified Nominal Group Technique (Modified NGT) dengan didasari Model Penilaian Teknologi, Kepenggunaan dan Pedagogi (TUP) (2002). Pakar seramai 21 orang guru Pendidikan Jasmani telah diberi modul untuk digunakan selama empat minggu. Pada akhir tempoh penggunaan, pakar menilai tahap kebolehgunaan modul. Nilai peratusan skor penerimaan keseluruhan aspek adalah melebihi 70.00% dengan dapatan bagi setiap aspek ialah kebergunaan (minima=88.57%), kepuasan (minima=94.29%) dan kemudahgunaan (minima=89.52%) dianggap sesuai dan boleh digunakan. Implikasi kajian ini menyediakan Modul Latihan Gimnastik KSSR yang menepati semakan KSSR semasa dan teknologi terkini menggunakan aplikasi dalam talian. Modul ini bertindak sebagai panduan terperinci untuk membantu guru mengendalikan sesi Gimnastik Asas tahun 5 dengan lebih efektif dan selamat kepada murid. Kajian menunjukkan Modul Latihan Gimnastik KSSR sesuai sebagai bahan sokongan komprehensif bagi memenuhi keperluan guru dalam mengendalikan PdPc Gimnastik Asas dengan lebih efektif dan selamat. Kesimpulannya, modul yang dihasilkan mampu menangani kekurangan bahan sokongan serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Gimnastik Asas di sekolah rendah. Dicadangkan kajian lanjutan dijalankan untuk menguji keberkesanan Modul Latihan Gimnastik KSSR dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam Gimnastik Asas. |
| Pages: | 400 |
| Call Number: | GV341.N837 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781047 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kebolehgunaan modul latihan gimnastik KSSR untuk guru pendidikan jasmani.pdf Restricted Access | Full-text | 9.94 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.