Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780806
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSyamsa Rizal Abdullah, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAnisah Nordin, Dr.en_US
dc.contributor.advisorSaleh Ismailen_US
dc.contributor.authorShezryna Shahrizal (P88363)en_US
dc.date.accessioned2025-10-07T02:03:00Z-
dc.date.available2025-10-07T02:03:00Z-
dc.date.issued2019-03-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780806-
dc.description.abstractRhipicephalus (Boophilus) microplus atau dikenali sebagai sengkenit lembu adalah ektoparasit penting di dalam bidang perubatan veterinar kerana ia mampu menjadi vektor kepada pelbagai penyakit dan memberikan kesan negatif kepada ekonomi dan industri asas tani. Penggunaan racun akari komersial sedia ada yang berasaskan kimia diketahui boleh mengakibatkan kerintangan. Justeru, kajian menggunakan sumber alternatif yang lebih berkesan, selamat dan mesra alam perlu dijalankan bagi mengatasi masalah infestasi sengkenit ini. Citrus hystrix (Famili: Rutaceae) atau limau purut dan Cymbopogon citratus (Famili: Poaceae) atau lebih dikenali sebagai serai makan merupakan tumbuhan beraroma yang digunakan secara meluas di dalam menu masakan di Asia Tenggara. Kajian terdahulu mendapati bahawa Cit. hystrix dan Cym. citratus masing-masing mengandungi sitronelal dan sitral iaitu komponen penting yang bertindak sebagai racun akari, anti mikrobial, larvisid dan racun serangga. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan racun akari kedua-dua tumbuhan ini terhadap larva R. (B.) microplus. Di dalam kajian ini, minyak pati Cit. hystrix dan Cym. citratus diuji ke atas larva R. (B.) microplus melalui ujian rendaman larva (LIT). Ia dijalankan secara berasingan di mana kedua-dua tumbuhan diuji secara tunggal dan juga secara kombinasi (1:1) menggunakan kepekatan yang berbeza pada pendedahan masa selepas 24 dan 48 jam. Hasil kajian dianalisis menggunakan formula pembetulan mortaliti Abbott dan juga probit untuk mendapatkan nilai LC50 dan LC90 untuk ujian secara tunggal dan kombinasi. Nilai LC50 dan LC90 selepas 24 dan 48 jam bagi ujian tunggal Cit. hystrix masing-masing adalah 11.98% dan 24.84%, serta 10.95% dan 21.71% manakala bagi Cym. citratus pula adalah 1.21% dan 6.28%, serta 1.05% dan 6.12%. Kombinasi pada nisbah 1:1 kedua-dua tumbuhan pula memberikan hasil antagonisme (faktor sinergistik < 1). Nilai LC50 dan LC90 untuk kombinasi minyak pati selepas 24 dan 48 jam masing masing adalah 1.52% dan 2.84%, serta 1.50% dan 2.76%. Kromatografi gas spektrometri jisim (GC-MS) dijalankan ke atas minyak pati kedua-dua tumbuhan secara tunggal dan kombinasi untuk menyaring komponen kimia utama yang mungkin memainkan peranan dalam memberikan kesan mortaliti ke atas larva sengkenit yang dikaji. Komponen utama yang terdapat di dalam sediaan ketiga-tiga minyak pati adalah α-pinena, linalool, sitronelal dan neral. Kesimpulannya, penggunaan Cit. hystrix dan Cym. citratus secara kombinasi pada nisbah 1:1 menghasilkan kesan antagonisme dan Cym. citratus adalah lebih toksik digunakan secara tunggal, sekaligus mampu menjadi alternatif kepada racun akari berasaskan kimia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCitrus -- poisoning.en_US
dc.subjectParasitology.en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan minyak pati Citrus Hystrix dan Cymbopogon citratus sebagai racun akari ke atas larva Rhipicephalus (Boophilus) microplusen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages36en_US
dc.identifier.callnoQX20.S539k 2019 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002246742en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Parasitologi)en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan minyak pati Citrus Hystrix dan Cymbopogon citratus sebagai racun akari ke atas larva Rhipicephalus (Boophilus) microplus.pdf
  Restricted Access
Partial494.6 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.