Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780805
Title: Mekanisme molekular tindakan anti-osteoporosis dan antioksidan minyak kelapa dara terhadap tulang tikus terovariektomi
Authors: Shidqiyyah Abd Hamid (P67021)
Supervisor: Norliza Muhammad, Dr.
Isa Naina Mohamed, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Pharmacology
Research
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Jan-2015
Abstract: Minyak kelapa dara (VCO) telah dibuktikan mampu menghalang kelesapan tulang pada model tikus osteoporosis pascamenopaus. Kesan tindakan minyak kelapa dara terhadap tulang ini dipercayai berpunca daripada kandungan sebatian antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini bertindak sebagai penghapus radikal bebas yang kuat, lalu menghalang kerosakan oksidatif yang berlaku semasa osteoporosis. Kajian ini dijalankan untuk melihat tindakan minyak kelapa dara pada peringkat molekular bagi memahami mekanisme tindakannya dalam menghalang tekanan oksidatif serta osteoporosis. Sebanyak 32 ekor tikus Sprague-Dawley betina dibahagikan secara rawak kepada empat kumpulan: kawalan ovariektomi, kumpulan sham, ovariektomi yang diberi rawatan estrogen pada dos 64.5 µg/kg berat badan dan ovariektomi yang dirawat dengan minyak kelapa dara pada dos 3 ml/kg berat badan. Rawatan minyak kelapa dara dan estrogen diberikan setiap hari menggunakan gavaj oral untuk tempoh sepuluh minggu. Di akhir tempoh kajian, tikus-tikus dikorbankan, uterus tikus ditimbang, dan tulang femur kanan digunakan untuk mengkaji ekspresi sepuluh gen yang berkaitan dengan antioksidan, osteoblastogenesis, osteoklastogenesis, serta sitokin inflamatori. Hasil kajian menunjukkan bahawa VCO meningkatkan ekspresi mRNA enzim antioksidan superoksida dismutase (SOD) dan glutation peroksidase (GPX), serta osteoprotegerin (OPG) dan osteokalsin berbanding kumpulan kawalan (p<0.05). Di samping itu, VCO juga mengurangkan ekspresi mRNA sitokin faktor nekrosis tumor-α (TNF-α) dan interleukin 6 (IL-6) secara signifikan berbanding kumpulan tikus kawalan. Kesimpulannya, minyak kelapa dara mengurangkan kelesapan tulang pada model tikus osteoporosis pascamenopaus dengan meningkatkan ekspresi gen osteoblastogenesis dan enzim antioksidan, serta mengurangkan ekspresi gen sitokin proinflamatori.
Pages: 34
Call Number: QV20.5.S555m 2015 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780805
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Mekanisme molekular tindakan anti-osteoporosis dan antioksidan minyak kelapa dara terhadap tulang tikus terovariektomi.pdf
  Restricted Access
Partial573.43 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.