Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780804
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChin Kok Yong, Dr.en_US
dc.contributor.advisorIma Nirwana Soelaiman, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorShaanthana Subramaniam (P93036)en_US
dc.date.accessioned2025-10-07T01:58:33Z-
dc.date.available2025-10-07T01:58:33Z-
dc.date.issued2019-10-21-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780804-
dc.description.abstractPrevalens osteoporosis semakin meningkat selaras dengan penuaan penduduk di Malaysia. Hal ini membebankan mesin dual-energy X-ray absorptiometry (DXA) yang terhad di negara ini kerana ia merupakan peralatan piawai untuk diagnosis osteoporosis. Pemberian keutamaan kepada pesakit untuk imbasan DXA berdasarkan tahap risiko dengan menggunakan alat saringan dapat menyelesaikan masalah ini. Alat saringan osteoporosis yang ada setakat ini tidak dioptimumkan untuk kegunaan populasi Malaysia yang berumur 40 tahun dan ke atas, yang berisiko kehilangan tulang. Kajian ini bertujuan untuk membina algoritma saringan osteoporosis berdasarkan faktor risiko untuk penduduk Malaysia. Kajian keratan rentas ini melibatkan 786 penduduk Malaysia yang berumur 40 tahun dan ke atas di Lembah Klang, Malaysia. Data butiran demografi, sejarah penyakit, diet, amalan gaya hidup dan antropometri subjek dicatatkan. Status kesihatan tulang subjek ditentukan melalui DXA, ultrabunyi kuantitatif (QUS) dan Osteoporosis Self-assessment Tool for Asians (OSTA). Faktor risiko osteoporosis ditentukan melalui analisis regresi logistik multivariat. Prestasi algoritma baharu ini dibandingkan dengan QUS dan OSTA dengan menggunakan analisis Receiver Operating Characteristic (ROC). Berdasarkan DXA, prevalens osteoporosis di kalangan wanita (16.1%) adalah lebih tinggi daripada lelaki (8.4%). Umur, berat badan, pengambilan alkohol dan status aktiviti fizikal meramalkan osteoporosis di kalangan lelaki. Umur, jisim tanpa lemak, pendapatan bulanan dan menopaus meramalkan osteoporosis di kalangan wanita. Algoritma akhir untuk lelaki adalah berdasarkan kepada umur, berat badan, pengambilan alkohol dan status aktiviti fizikal, manakala bagi wanita adalah berdasarkan umur, jisim tanpa lemak, pendapatan bulanan dan status kitaran haid. Algoritma baharu ini (titik potong lelaki = 0.08 dan titik potong wanita = 0.18) meramal osteoporosis dengan lebih baik berbanding indeks yang lain (lelaki: kepekaan = 84.4%, kekhususan = 71.4%, luas bawah lengkung = 0.779; wanita: kepekaan = 84.6%, kekhususan = 74.9%, luas bawah lengkung = 0.798). Kesimpulannya, algoritma baharu ini menunjukkan prestasi pengenalpastian risiko osteoporosis yang lebih baik di kalangan penduduk Malaysia berbanding QUS dan OSTA. Kajian pengesahan selanjutnya perlu dilakukan sebelum penggunaan algoritma ini untuk saringan osteoporosis di kalangan orang awam.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPharmacologyen_US
dc.subjectResearchen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan algoritma saringan Osteoporosis untuk penduduk berumur 40 tahun dan ke atas yang tinggal di Lembah Klang, Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages123en_US
dc.identifier.callnoQV20.5 .S524p 2019 9HUKMPRAen_US
dc.identifier.barcode00002247143en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi)en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan algoritma saringan Osteoporosis untuk penduduk berumur 40 tahun dan ke atas yang tinggal di Lembah Klang, Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text2.67 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.