Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780649
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shaiful Bahri Md. Radzi, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Muammar Ghaddafi Hanafiah, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Azim Normiza Ahmad (P88181) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-09-26T01:04:10Z | - |
dc.date.available | 2025-09-26T01:04:10Z | - |
dc.date.issued | 2024-10-04 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780649 | - |
dc.description.abstract | Kajian ini membicarakan Pak Nazel sebagai pencipta pantun Melayu Abad ke-21. Nama sebenarnya Hashim bin Mohamad, seorang pesara guru. Kajian ini menggariskan dua objektif iaitu menjelaskan pantun-pantun ciptaan Pak Nazel daripada aspek kepengarangan dan menganalisis pemikiran Pak Nazel dalam pantun-pantun ciptaannya. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan teknik bacaan rapi serta analisis pantun. Data dalam kajian ini terdiri daripada 14 koleksi pantun dengan jumlah 12,867 rangkap pantun. Data tersebut merupakan pantun ciptaan Pak Nazel selama 13 tahun (2008-2021). Data-data tersebut dianalisis menggunakan Pendekatan Biografi. Analisis data, diteliti dari empat dimensi penulis iaitu diri, kerjaya, persekitaran dan hasil penulisan. Dapatan kajian menunjukkan pantun Pak Nazel memiliki nilai kepengarangan yang tinggi kerana pantun-pantun beliau bersifat tradisional tetapi disunting kesegaran mengikut peredaran zaman. Penggunaan diksi disusun dengan tepat menggunakan kata berirama tanpa makna, dialek dan kata kontemporari. Uniknya, tokoh ini mampu menghasilkan pantun dalam bilangan rangkap 16, 20 dan 24. Pantun yang dihasilkan merentas usia dihiasi ilustrasi dan glosari yang memberi daya tarikan kepada khalayak pembaca. Selain itu, dapatan analisis juga menemukan pemikiran tiga serangkai dalam pantun-pantun ciptaan beliau iaitu nilai murni Kementerian Pendidikan Malaysia, Rukun Negara dan unsur dakwah. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kepengarangan dan pemikiran Pak Nazel dalam mencipta pantun kontemporari. Lazimnya pencipta pantun adalah insan yang tidak dikenali peribadinya manakala pantun dimiliki bersama. Implikasi kajian ini menyerlahkan kewibawaan tokoh ini dalam kepengarangan pantun yang sarat dengan aspek insaniah yang boleh mengangkat beliau sebagai seorang pengkarya pantun Abad ke-21. Selayaknya beliau digelar pengkarya unggul dari segi kuantitinya kerana koleksi pantun beliau mengatasi jumlah gabungan dua koleksi besar Karya Agung iaitu Pantun Warisan Melayu, Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu (1990) dan Pantun Melayu: Bingkisan Permata (2001) yang hanya berjumlah 9,653 rangkap sahaja. Usaha tokoh ini perlu dimartabatkan dan diberi pengiktirafan yang selayaknya. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Authors, Malay | en_US |
dc.subject | Malay literature | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Hashim Mohamad (Pak Nazel) kepengarangan dan pemikiran dalam penciptaan pantun abad ke-21 | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 469 | en_US |
dc.identifier.callno | PL5139.A3747.A995 2024 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007715 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Hashim Mohamad (Pak Nazel) kepengarangan dan pemikiran dalam penciptaan pantun abad ke-21.pdf Restricted Access | Full-text | 3.59 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.