Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780476
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKu Suhaila Ku Johari, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorAbu Yazid Abu Bakar, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorIzwan Mahmud, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorShahlan Surat, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorNor Asliza Mohd Zin (P109346)en_US
dc.date.accessioned2025-09-11T07:44:45Z-
dc.date.available2025-09-11T07:44:45Z-
dc.date.issued2024-08-28-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780476-
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji kebolehgunaan Modul Intervensi Kaunseling Pendekatan Spiritual untuk remaja sekolah menengah. Kajian reka bentuk dan pembangunan (Design and Developement Research) ini terdiri daripada tiga fasa iaitu i) analisis keperluan, ii) reka bentuk dan pembangunan serta iii) penilaian dan kebolehgunaan. Fasa analisis keperluan melibatkan kajian tinjauan ke atas 291 orang remaja sekolah menengah dan 4 orang pakar bidang bimbingan dan kaunseling menggunakan kaedah temu bual. Dapatan desktiptif menilai kekerapan, peratus dan sisihan piawai bagi profil, tahap dan serta pandangan pakar terhadap keperluan kandungan modul. Pada fasa reka bentuk dan pembangunan, kaedah Fuzzy Delphi Method telah dipilih melibatkan 10 orang pakar pelbagai bidang untuk mendapatkan persetujuan dan kesepakatan terhadap konstruk utama dan elemen. Dapatan kajian kaedah Fuzzy menunjukkan pakar telah bersetuju dan mencapai kesepakatan terhadap tujuh konstruk utama iaitu isi kandungan, objektif modul, bahan bantu, media, aktiviti, strategi pelaksanaan dan bentuk penilaian modul. Selanjutnya fasa penilaian dan kebolehgunaan, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah penilaian iaitu i) kajian tinjauan ujian kebolehgunaan, ii) ujian pra eksperimen kumpulan tunggal dan iii) temu bual kepada pelajar dan guru. Dapatan tinjauan menunjukkan konstruk kemurungan, kecerdasan emosi dan strategi daya tindak mencapai tahap kebolehgunaan yang tinggi dalam aspek kebergunaan, kepuasan dan kemudahgunaan. Manakala, dapatan deskriptif bagi ujian pra dan pos yang telah dijalankan ke atas ketiga-tiga konstruk tersebut menunjukkan penurunan bagi konstruk kemurungan, konstruk kecerdasan emosi dan strategi daya tindak berada di tahap yang sama. Sementara itu, dapatan ujian t-sampel berpasangan bagi konstruk kemurungan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi ujian pra dan pos (t=8.802; p=0.000). Seterusnya, tidak terdapat perbezaan signifikan bagi pemboleh ubah kecerdasan emosi (t = -1.563; p=0.129) dan strategi daya tindak (t=1.916; p=0.065) bagi remaja di sekolah menengah. Seterusnya, dapatan temu bual bagi meneroka kebolehgunaan modul mengikut persepsi pelajar dan guru telah membuktikan bahawa modul ini mampu membantu pelajar memahami dan menguruskan isu psikososial dan kesejahteraan mental yang merangkumi kemurungan, kecerdasan emosi dan strategi daya tindak dengan baik. Secara keseluruhannya, modul ini berpotensi untuk diguna pakai oleh guru bimbingan dan kaunseling, pelajar dan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCounseling in secondary education -- Malaysiaen_US
dc.subjectEducational counseling -- Malaysiaen_US
dc.subjectEmotional intelligence -- Study and teaching -- Malaysiaen_US
dc.subjectHigh school students -- Psychologyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan dan kebolehgunaan modul intervensi kaunseling pendekatan spiritual terhadap kemurungan, kecerdasan emosi dan strategi daya tindak dalam kalangan remajaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages570en_US
dc.identifier.callnoLB1620.53.M4N647 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007592en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.