Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780469
Title: Pembangunan dan pelaksanaan Modul LEM bagi meningkatkan pengetahuan pembangunan pengaturcaraan mikropengawal bagi guru RBT sekolah rendah
Authors: Ting, Ivy Wei Wei (P121255)
Supervisor: Aidah Abdul Karim, Dr.
Keywords: Technical education -- Curricula
Educational technology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Jan-2025
Abstract: Walaupun bidang pengaturcaraan telah diselitkan sebagai salah satu topik dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2017, namun masih terdapat guru RBT yang belum menguasai pengetahuan pengaturcaraan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan melaksanakan Modul Let’s explore micro:bit (Modul LEM) bagi meningkatkan pengetahuan pembangunan pengaturcaraan mikropengawal dalam kalangan guru RBT Tahun Lima di peringkat sekolah rendah. Kajian ini mengaplikasikan teori pemprosesan maklumat, pendekatan pembelajaran teradun, khususnya model kelas berbalik serta menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang merangkumi fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan serta pelaksanaan dan penilaian. Kajian ini melibatkan seramai 54 orang guru RBT Tahun Lima dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sibu dan tiga orang pakar. Data kajian telah dikutip dengan menggunakan soal selidik analisis keperluan, temu bual secara separa berstruktur, analisis dokumen, borang penilaian pakar pembangunan modul, ujian pra-pasca, rubrik penilaian dan soal selidik kebolehgunaan. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif yang meliputi kekerapan, peratusan dan min manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pengetahuan pembangunan pengaturcaraan dalam mikropengawal bagi guru RBT Tahun Lima sebelum dan selepas Modul LEM dilaksanakan. Kajian ini juga menunjukkan aplikasi teori pemprosesan maklumat dan pendekatan pembelajaran teradun, khususnya model kelas berbalik berupaya membantu guru-guru tersebut menguasai pengetahuan pembangunan pengaturcaraan dalam mikropengawal. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan lebih banyak sumber pembelajaran secara teradun bagi membantu guru RBT sekolah rendah meningkatkan pengetahuan pengaturcaraan secara sistematik dan seterusnya membolehkan proses perancangan dan pelaksanaan pengajaran mata pelajaran RBT berjalan dengan lebih berkesan.
Pages: 282
Call Number: LB1594.I959 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780469
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.