Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780454
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nurfaradilla Mohamad Nasri, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Muhammad Sofwan Mahmud, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Sharida Abu Talib (P112817) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-09-09T08:27:40Z | - |
dc.date.available | 2025-09-09T08:27:40Z | - |
dc.date.issued | 2024-12-31 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780454 | - |
dc.description.abstract | Kesediaan guru terhadap perubahan merupakan indikator kejayaan atau kegagalan dalam merealisasikan reformasi pendidikan, khususnya dalam konteks pedagogi matematik. Walau bagaimanapun, pelbagai isu dan cabaran seperti kurangnya pengetahuan profesional dan kemahiran pedagogi menghalang guru matematik berfungsi sebagai agen perubahan yang efektif. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model kesediaan guru matematik sebagai agen perubahan berasaskan pengetahuan profesional dan kemahiran pedagogi dengan menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR). DDR dipilih kerana pendekatan ini sistematik serta komprehensif, melibatkan pelbagai kaedah pengumpulan data. Kajian ini dilaksanakan dalam tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan, dan fasa penilaian kebolehgunaan model. Fasa analisis keperluan menggunakan kaedah temu bual mendalam terhadap 14 peserta kajian bagi mengenal pasti keperluan pembangunan model. Fasa kedua mengaplikasikan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) untuk membangunkan model dengan penglibatan 13 orang pakar dalam bidang kurikulum dan pedagogi, dan matematik. Bagi fasa ketiga melibatkan penilaian kebolehgunaan model melalui Teknik Kumpulan Nominal Ubahsuai (MNGT) yang terdiri daripada 16 orang pakar lapangan. Dapatan kajian menunjukkan guru matematik berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran pedagogi, yang menuntut pembangunan model. Model ini terdiri daripada empat komponen utama iaitu kesediaan guru matematik, pengetahuan profesional, kemahiran pedagogi, serta proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian kebolehgunaan model memperlihatkan persetujuan panel pakar lapangan melebihi 70% yang menekankan keberkesanan dan fungsi praktikal model sebagai panduan dan senarai semak untuk guru. Model ini unik kerana fokus mendalam terhadap aspek epistemologi berbanding model terdahulu. Kesimpulannya, kajian ini memberikan implikasi yang signifikan dengan terhasilnya sebuah model bersandarkan penyelidikan empirikal yang meliputi elemen pengetahuan profesional dan kemahiran pedagogi sebagai panduan guru matematik Malaysia. Pelbagai inisiatif boleh dirangka dan dilaksanakan oleh pemegang taruh dan pembekal latihan perguruan seperti penambahbaikan kurikulum latihan perguruan dan pengukuhan strategi pembangunan profesionalisme keguruan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Pedagogical content knowledge | en_US |
dc.subject | Mathematics teachers -- Training of | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pembangunan model kesediaan guru Matematik sebagai agen perubahan berasaskan pengetahuan profesional dan kemahiran pedagogi | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 563 | en_US |
dc.identifier.callno | LB1028.3.S533 2024 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007662 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembangunan model kesediaan guru matematik sebagai agen perubahan berasaskan pengetahuan profesional dan kemahiran pedagogi.pdf Restricted Access | Partial | 519.5 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.