Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780453
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Zuber Abdul Majid, Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Zaim Zainal Adnan (P120937)en_US
dc.date.accessioned2025-09-09T08:18:18Z-
dc.date.available2025-09-09T08:18:18Z-
dc.date.issued2025-01-03-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780453-
dc.description.abstractKajian ini dijalankan untuk membangun dan menilai permainan mudah alih “Misi Bintang” bagi meningkatkan pencapaian topik keanjalan, motivasi dan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Ekonomi. Permainan mudah alih ini telah dibangunkan dengan mengaplikasikan Pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP), teori Behaviourisme, teori Konstruktivisme, teori Kognitif elemen gamifikasi dan elemen mudah alih yang melibatkan fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian. Dalam fasa analisis keperluan, data dikutip melalui kaedah temu bual yang dijalankan terhadap tujuh informan untuk melihat keperluan pembangunan permainan. Sebanyak sembilan tema telah dikenal pasti untuk membangunkan permainan ini. Setelah itu, kaedah analisis dokumen dan Indeks Kesahan Kandungan (CVI) dijalankan di fasa dua. Hasil dapatan menunjukkan bahawa permainan “Misi Bintang” merekodkan kesahan kandungan yang tinggi bagi setiap elemen iaitu CVI > 0.83, yang telah dinilai oleh tujuh orang pakar bidang. Di fasa tiga pula, reka bentuk kuasi eksperimen dijalankan terhadap 56 murid dengan penilaian formatif ujian pra dan pasca dijalankan bagi mendapatkan skor murid bagi sebelum dan selepas intervensi permainan. Data fasa tiga dianalisis menggunakan ujian T bebas dan berpasangan. Hasilnya, berlaku peningkatan markah yang tinggi dalam topik keanjalan antara kumpulan yang menggunakan permainan berbanding kaedah konvensional. Dapatan juga menunjukkan intervensi permainan meningkatkan tahap motivasi dan pembelajaran kendiri murid dalam mempelajari mata pelajaran Ekonomi. Kajian ini menunjukkan penggunaan permainan mudah alih meningkatkan tahap pencapaian murid dalam topik Keanjalan. Kajian ini juga membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempelbagai kaedah pembelajaran dengan membina modul permainan mudah alih yang lebih fleksibel dan boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Perkara ini juga memperkukuhkan lagi elemen pendidikan berasaskan teknologi dalam kurikulum di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectInstructional systemen_US
dc.subjectEducational technologyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan dan penilaian pemainan mudah alih "Misi Bintang" untuk mata pelajaran Ekonomi Tingkatan Empaten_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages266en_US
dc.identifier.callnoLB1028.35.M634 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007661en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan dan penilaian permainan mudah alih misi bintang untuk mata pelajaran ekonomi tingkatan empat.pdf
  Restricted Access
Full-text6.13 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.