Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780452
Title: Pembangunan FizaAR bahan bantu pembelajaran berasaskan realiti terimbuh dalam bab kegravitian mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat
Authors: Siti Nurqualbiah Mat Karim (P121240)
Supervisor: Aidah Abdul Karim, Dr.
Keywords: Teaching -- Aids and devices
Educational technology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Mar-2025
Abstract: Teknologi membantu pembelajaran pelajar untuk menjadikan pembelajaran agar lebih bermakna. Banyak kajian telah dijalankan dalam subjek Fizik bagi membimbing para pelajar berasakan teknologi khususnya dalam mata Pelajaran Fizik. Namun, kurang kajian dijalankan dalam Bab Kegravitian khususnya bagi tajuk halaju lepas. Oleh itu, kajian ini bertujuan mereka bentuk dan membangunkan satu aplikasi mudah alih bagi pelajar sekolah menengah berasaskan pendekatan kaedah penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan Richey & Klein dalam membangunkan bahan pengajaran. Kajian Reka bentuk dan Pembangunan melibatkan fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan akhirnya fasa pelaksanaan dan penilaian. Kajian ini melibatkan pengintegrasian kajian penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan dengan ADDIE. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan menggunakan soal selidik analisis keperluan terhadap penggunaan bahan berasaskan teknologi kepada pelajar sekolah kajian yang dikenalpasti dalam kalangan pelajar berpencapaian rendah-sederhana. Fasa analisis keperluan juga menggunakan temu bual separa berstruktur terhadap lapan orang guru Fizik. Kajian ini menentukan keperluan bahan berasaskan teknologi dan topik berkaitan yang diperlukan untuk proses reka bentuk dan pembangunan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 27. Tafsiran analisis keperluan kuantitatif deskriptif adalah berdasarkan nilai peratusan dan skor min, manakala analisis keperluan temu bual dianalisis menggunakan Nvivo secara analisis tematik. Fasa kedua bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan FizaAR yang menggunakan sepenuhnya aplikasi Unity. Fasa reka bentuk dan membangun melibatkan lima panel pakar Teknologi dan Fizik yang dipilih bagi mendasari kerangka FizaAR dengan senarai semak berdasarkan kesepakatan pandangan panel pakar. Panel ini dipilih berdasarkan kepakaran mereka sebagai pengguna yang terlibat secara langsung dalam teknologi dan Fizik. Fasa ketiga melibatkan pelaksanaan dan penilaian kepada sekolah kajian yang melibatkan pelaksanaan kepada 15 pelajar yang berpencapaian rendah-sederhana. Penilaian dijalankan terhadap hasil pembelajaran setiap sesi menggunakan rubrik analitik. Selain itu, penilaian juga melibatkan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Para pelajar juga pada sesi akhir ditemu bual terhadap pandangan mereka terhadap FizaAR. Dapatan keseluruhan daripada fasa pertama menunjukkan nilai min keseluruhan bagi kesediaan pelajar menggunakan aplikasi mudah alih ialah 4.37 boleh diintepretasikan sebagai tahap tinggi. Dapatan daripada fasa kedua pula menghasilkan aplikasi mudah alih FizaAR yang didasari Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia, Strategi pembelajaran kendiri, Gaya belajar pelajar dan elemen realiti terimbuh. Dapatan fasa ketiga menunjukkan FizaAR telah berupaya meningkatkan hasil pembelajaran setiap pelajar dan juga menunjukkan FizaAR mempunyai elemen pembelajaran yang meningkatkan pengetahuan. Kajian ini berupaya menyumbang kepada aspek pembangunan aplikasi mudah alih menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan bahan secara bersistematik.
Pages: 223
Call Number: LB1044.88.S568 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780452
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan fizaar bahan bantu pembelajaran berasaskan realiti terimbuh dalam bab kegravitian mata pelajaran fizik tingkatan empat.pdf
  Restricted Access
Full-text4.91 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.