Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780450
Title: | Pembangunan dan penilaian ciri-ciri psikometrik instrumen literasi pengetahuan pentaksiran autentik guru sekolah rendah |
Authors: | Vikineswari S. Mariappan (P113215) |
Supervisor: | Kamisah Osman, Prof. Dr. |
Keywords: | Educational tests and measurements Educational evaluation Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Mar-2025 |
Abstract: | Pentaksiran autentik adalah penilaian pembelajaran yang berfokus kepada tugasan dunia sebenar dan membantu murid bersiap sedia untuk keperluan tenaga kerja abad ke-21. Guru perlu memiliki pemahaman yang tinggi tentang pentaksiran autentik untuk melaksanakannya dengan berkesan. Namun, tiada instrumen yang sah untuk mengukur literasi pengetahuan guru dalam pentaksiran autentik. Kajian ini bertujuan membangunkan Instrumen Literasi Pengetahuan Pentaksiran Autentik (ILPPA), yang sah dan boleh dipercayai, khusus untuk guru sekolah rendah di Malaysia. Pembangunan ILPPA melibatkan lima fasa iaitu pembentukan konsep, pembinaan item, pengujian item, analisis item, dan semakan item. Pada fasa pertama, analisis literatur dan soal selidik terbuka bersama lima orang pakar dalam bidang pentaksiran autentik dilakukan untuk mengenal pasti konstruk utama, iaitu pemahaman, tujuan, kandungan, kaedah dan strategi, analisis data, serta pelaporan dan komunikasi hasil pentaksiran. Pada fasa kedua, sebanyak 121 item skala Likert empat mata dibina dan dinilai menggunakan kaedah Content Validity Ratio (CVR) bagi memastikan kesahan kandungan. Hasilnya, sebelas item digugurkan, 29 dikekalkan, dan 81 item diperbaiki, menghasilkan 110 item. Pada fasa pengujian item, instrumen ini ditadbirkan kepada 216 guru sekolah rendah. Analisis Faktor Penerokaan menunjukkan bahawa enam konstruk ILPPA sesuai untuk mengukur literasi pengetahuan pentaksiran autentik guru. Semua andaian Analisis Model Rasch juga dipatuhi. Setelah proses semakan, sebanyak 63 item digugurkan, menghasilkan instrumen akhir dengan 47 item yang memiliki sifat psikometrik yang baik. Pembangunan instrumen ini memberikan sumbangan penting dengan mengisi jurang ketiadaan instrumen yang sah dan boleh dipercayai untuk mengukur literasi pengetahuan pentaksiran autentik guru. Kajian ini memberikan implikasi teoretikal dengan menyumbang kepada pengembangan kerangka literasi pentaksiran autentik yang holistik serta menyediakan asas bagi penyelidikan masa depan. Secara praktikal, ILPPA membantu menilai dan meningkatkan literasi guru, membimbing pembangunan profesional, dan memperkayakan amalan pengajaran. Dari perspektif dasar, ILPPA menyediakan data penting untuk merumus dasar pendidikan responsif, termasuk perancangan latihan guru, peruntukan sumber, dan inovasi kurikulum, sejajar dengan aspirasi pendidikan Malaysia. |
Pages: | 245 |
Call Number: | LB3051.V535 2025 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780450 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembangunan dan penilaian ciri-ciri psikometrik instrumen literasi pengetahuan pentaksiran autentik guru sekolah rendah.pdf Restricted Access | Full-text | 2.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.