Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780449
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof.en_US
dc.contributor.authorAqil Othman (P121234)en_US
dc.date.accessioned2025-09-09T08:02:46Z-
dc.date.available2025-09-09T08:02:46Z-
dc.date.issued2025-01-20-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780449-
dc.description.abstractPentaksiran merupakan komponen penting dalam pembudayaan pendidikan abad ke-21. Literasi pentaksiran adalah pengetahuan dan kemahiran guru untuk melaksanakan pentaksiran supaya sikap pentaksiran guru melalui amalan dan pendekatan pentaksiran mereka dijalankan dengan berkesan. Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk memastikan guru mempunyai tahap literasi pentaksiran baik supaya memberikan kesan positif terhadap sikap pentaksiran mereka. Sehubungan itu, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji pengaruh literasi pentaksiran terhadap sikap pentaksiran guru sekolah menengah. Kajian ini dilaksanakan secara tinjauan keratan rentas dengan pendekatan kuantitatif. Seramai 461 orang guru melibatkan 10 buah sekolah menengah dari lima buah negeri di seluruh Malaysia terlibat sebagai sampel kajian. Instrumen kajian literasi pentaksiran dan sikap pentaksiran diadaptasi dan ditentukan kesahannya oleh enam orang pakar. Analisis deskriptif, ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson dilaksanakan menggunakan perisian SPSS manakala kesepadanan model dan pengaruh antara pemboleh ubah diuji menggunakan perisian SEM-AMOS. Hasil kajian mendapati tahap literasi pentaksiran guru adalah sangat tinggi dan tahap sikap pentaksiran guru adalah tinggi. Malah, hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara lokasi sekolah bandar dan luar bandar serta pengalaman mengajar guru bagi literasi pentaksiran dan sikap pentaksiran. Namun, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara guru bidang bahasa, bidang STEM dan lain-lain bidang bagi literasi pentaksiran dan sikap pentaksiran. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan literasi pentaksiran boleh mempengaruhi sikap pentaksiran guru. Kajian ini memberikan input mengenai pengetahuan dan kefahaman guru mengenai pentaksiran yang mereka laksanakan dalam bilik darjah. Keputusan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan bagi merancang strategi pelaksanaan program pembangunan profesionalisme yang memberikan penekanan terhadap kemahiran pentaksiran guru.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEducational evaluationen_US
dc.subjectTeachers -- Training ofen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh literasi pentaksiran terhadap sikap pentaksiran guru sekolah menengahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages194en_US
dc.identifier.callnoLB2822.75.A665 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007657en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh literasi pentaksiran terhadap sikap pentaksiran guru sekolah menengah.pdf
  Restricted Access
Partial953.22 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.