Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780448
Title: | Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah |
Authors: | Ahmad Asfahani Bashiron (P109371) |
Supervisor: | Khadijah Abdul Razak, Dr. |
Keywords: | Educational evaluation Educational tests and measurements Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Feb-2025 |
Abstract: | Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan pada tahun 2018 untuk menggantikan sistem peperiksaan di sekolah rendah. Walaupun demikian, perubahan ini masih menimbulkan kerisauan dalam kalangan guru, terutamanya berkaitan pengetahuan guru yang mempengaruhi kekangan mereka semasa melaksanakan PBD. PBD berperanan sebagai satu bentuk pentaksiran holistik yang menyeluruh dan bermakna untuk menilai penguasaan murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Faktor-faktor seperti pengetahuan dan amalan guru turut mempengaruhi dalam pelaksanaan PBD. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pengetahuan, kekangan dan amalan dalam pelaksanaan PBD Guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah. Terdapat empat objektif kajian, iaitu: i) mengenal pasti tahap pelaksanaan PBD dalam kalangan GPI, ii) mengkaji perbezaan dalam tahap pelaksanaan PBD berdasarkan jantina dan tempoh pengalaman mengajar, serta iii) mengenal pasti hubungan di antara tahap pelaksanaan PBD dengan tempoh pengalaman mengajar dan iv) mengenal pasti hubungan tahap pengetahuan dan kekangan dengan amalan GPI dalam pelaksanaan PBD. Kajian ini menggunakan soal selidik yang melibatkan 166 GPI sekolah rendah di daerah Petaling Perdana, Selangor. Data dianalisa menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 25 secara deskriptif dan inferensi untuk mencapai objektif kajian. Dapatan analisa skor min secara turutan menunjukkan kesemua konstruk pengetahuan (min=4.312), amalan (min=4.081) dan kekangan (min=4.050) pelaksanaan PBD berada pada tahap yang tinggi. Ujian T-tidak bersandar mendapati tiada perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina tetapi sebaliknya ujian Anova menunjukkan perbezaan berdasarkan tempoh pengalaman mengajar. Hasil analisa Korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif dan tinggi antara pengetahuan dengan amalan pelaksanaan PBD, namun tiada hubungan antara kekangan dan amalan. Implikasi kajian ini menekankan kepentingan sokongan pihak atasan terhadap peningkatan pengetahuan GPI dalam pelaksanaan PBD. GPI yang berpengetahuan dan berpengalaman berpotensi untuk memperkasakan pelaksanaan PBD dengan lebih efektif dan efisen melalui kerjasama holistik dengan pihak berkuasa yang relevan seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). |
Pages: | 143 |
Call Number: | LB2822.75.A376 2025 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780448 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru pendidikan Islam sekolah rendah.pdf Restricted Access | Full-text | 1.91 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.