Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780447
Title: Pedagogi responsif budaya dalam pengajaran buku teks Bahasa Inggeris Pulse 2: cabaran dan strategi guru
Authors: Dy Intan Norsoleha Zulkiply (P121074)
Supervisor: Nurfaradilla Mohd Nasri, Prof. Madya Dr.
Keywords: English language -- Study and teaching
Teaching -- Methodology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Feb-2025
Abstract: Buku teks Bahasa Inggeris Pulse 2 telah diperkenalkan dan diguna pakai oleh murid tingkatan 1 dan 2 untuk memenuhi keperluan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European Framework of Reference (CEFR). Namun, perbezaan budaya yang wujud di dalam buku teks bahasa Inggeris Pulse 2 dan kepelbagaian latar belakang budaya murid di Malaysia telah memberi impak kepada murid dan guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, kemahiran pedagogi responsif budaya diperkenalkan agar jurang budaya yang wujud dalam buku teks Pulse 2 dapat dikurangkan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan buku teks Pulse 2 dari perspektif budaya dan kemahiran pedagogi responsif budaya. Kajian ini juga meneroka strategi yang digunakan guru untuk mengatasi cabaran dari segi kemahiran pedagogi responsif budaya semasa menggunakan buku teks Bahasa Inggeris Pulse 2. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua data kajian ini diperoleh melalui kaedah temu bual. Pemilihan peserta adalah secara pensampelan bertujuan yang melibatkan 10 orang guru opsyen Bahasa Inggeris yang telah berkhidmat melebihi tujuh tahun sebagai guru Bahasa Inggeris serta mempunyai pengalaman menggunakan buku teks Bahasa Inggeris Pulse 2. Data yang di kumpul melalui teknik temu bual seterusnya dianalisis menerusi teknik transkripsi dan analisis tema dengan menggunakan perisian Turboscribe dan Atlas.ti 24. Dapatan kajian mendapati bahawa antara cabaran utama yang dihadapi guru semasa menggunakan buku teks Bahasa Inggeris Pulse 2 dari perspektif budaya adalah perbezaan budaya yang wujud di dalam buku teks, kurangnya pendedahan guru kepada budaya luar dan kesediaan murid. Manakala dari segi kemahiran pedagogi responsif budaya, antara cabaran yang dihadapi guru adalah cabaran dalam konsep pedagogi responsif budaya, cabaran dari persekitaran luar dan tahap kesediaan murid. Untuk mengatasi cabaran-cabaran ini, guru menggunakan pelbagai strategi seperti kaedah berkumpulan atau kolaboratif, penggunaan multimedia, dan pendekatan pedagogi responsif budaya. Hasil kajian merumuskan bahawa pedagogi responsif budaya boleh membantu guru dalam meningkatkan kualiti penyampaian isi kandungan buku teks Bahasa Inggeris Pulse 2. Seterusnya, hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada guru dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan amalan pengajaran guru Bahasa Inggeris agar lebih efektif dan holistik.
Pages: 153
Call Number: LB1576.D935 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780447
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pedagogi responsif budaya dalam pengajaran buku teks Bahasa Inggeris pulse 2 cabaran dan strategi guru.pdf
  Restricted Access
Full-text2.99 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.