Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780444
Title: | Pelaksanaan penyoalan lisan dalam pengajaran matematik guru cemerlang di sekolah menengah |
Authors: | Muhammad Fadzlan Sa'adin (P113485) |
Supervisor: | Muhammad Sofwan Mahmud, Dr. |
Keywords: | Mathematics -- Study and teaching Teaching -- Methodology Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Mar-2025 |
Abstract: | Kajian lepas menunjukkan bahawa pelaksanaan penyoalan lisan memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Namun, pelaksanaan penyoalan lisan oleh guru matematik sekolah menengah bagi merangsang pemikiran murid masih berada di tahap yang rendah. Hal ini kerana masih ramai guru matematik yang mengajukan soalan lisan aras rendah dan sering menekankan konsep hafalan sesuatu fakta dan rumus berbanding soalan yang lebih bersifat konseptual. Justeru, kajian mengenai pelaksanaan penyoalan lisan oleh guru cemerlang matematik dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang pelaksanaan penyoalan lisan yang berkualiti dalam pengajaran matematik di sekolah menengah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Seramai lima orang guru cemerlang matematik sekolah menengah dari lima buah sekolah yang berbeza telah dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Data diperoleh dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, dan nota lapangan. Data ini kemudiannya dianalisis secara perbandingan berterusan bagi menghasilkan tema dan sub-tema. Dapatan kajian menunjukkan guru cemerlang matematik sekolah menengah menggunakan pelbagai strategi penyoalan lisan iaitu strategi improvisasi soalan, strategi soalan melalui bimbingan rakan sebaya, strategi penyoalan responsif, strategi penyoalan berterusan dan strategi label dan warna. Di samping itu, dapatan kajian juga menujukan guru cemerlang matematik sekolah menengah menggunakan pelbagai jenis soalan lisan termasuklah soalan pentaksiran, soalan pemarkahan SPM dan soalan istilah matematik. Dapatan kajian juga mendapati faktor yang menyokong pelaksanaan penyoalan lisan ialah pengalaman guru, persepsi guru dan penggunaan teknologi manakala faktor penghalang ialah beban tugas, tahap penguasaan murid, kepadatan sukatan pelajaran dan dasar pentadbiran. Kajian ini telah memberi implikasi dengan memperluaskan literatur penyelidikan dengan membekalkan pemahaman yang lebih mendalam tentang pelaksanaan penyoalan lisan serta berpotensi digunakan bagi pembangunan garis panduan pelaksanaan penyoalan lisan yang berkesan dalam pengajaran matematik di sekolah menengah. |
Pages: | 258 |
Call Number: | QA11.M834 2025 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780444 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pelaksanaan penyoalan lisan dalam pengajaran matematik guru cemerlang di sekolah menengah.pdf Restricted Access | Full-text | 1.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.