Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780411
Title: Tahap pengetahuan, sikap, dan amalan serta pengesanan lesi payudara dengan ultrabunyi dalam kalangan wanita muda saudara darjah pertama kepada pesakit kanser payudara
Authors: Mohana M. Elangovin (P116462)
Supervisor: Iza Nurzawani Che Isa, Dr.
Roslina Abd. Halim, Dr.
Mahedzan Mat Rabi, Dr.
Nur Hidayah Suhimi, Dr.
Keywords: Breast Neoplasms
Ultrasound Imaging
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Jul-2025
Abstract: Kanser payudara (KP) adalah antara kanser yang paling kerap didiagnosis di kalangan wanita secara global. Saudara darjah pertama (SDP) kepada pesakit KP, terutamanya yang berumur di bawah 40 tahun, merupakan kumpulan berisiko tinggi yang kurang dijalankan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan menilai pengetahuan, sikap, dan amalan (PSA) serta keberkesanan pengesanan lesi payudara menggunakan pengimejan Ultrabunyi dalam kalangan wanita muda SDP kepada pesakit KP, dan dilaporkan menggunakan Sistem Pelaporan dan Data Pengimejan Payudara (BI-RADS). Kajian ini telah mendapat kelulusan etika dari Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM bernombor UKM PPI/111/8/JEP-2022-741. Soal selidik Bahasa Melayu diterjemahkan dan disahkan menggunakan kaedah terjemahan ke hadapan-belakang, dengan pengesahan oleh sepuluh pakar, termasuk Pegawai Perubatan Radiologi dan Juru X-Ray (Diagnostik). Ujian rintis telah dijalankan dengan 32 peserta, diikuti dengan tinjauan lengkap terhadap 112 peserta dalam kalangan SDP. Peserta yang bersetuju menandatangani borang persetujuan penyelidikan menjalani pemeriksaan Ultrabunyi payudara, dan penemuan diklasifikasikan menggunakan sistem BI-RADS dengan kaunseling disediakan untuk mereka yang diklasifikasikan sebagai BI-RADS 2, dan sesi susulan bagi mereka yang diklasifikasikan sebagai BI-RADS 3 dan ke atas. Markah soal selidik menunjukan kesahan kandungan tinggi (0.920) dan ketekalan dalaman yang boleh diterima (alfa Cronbach 0.870). Hasil kajian mendapati 95.5% peserta pernah mendengar tentang KP dan 57.1% menyatakan sumber maklumat daripada hospital. Tambahan pula, 81.3% bersetuju bahawa pemeriksaan sendiri payudara bermanfaat untuk pengesanan awal KP, dengan 63.4% mengamalkannya secara berkala. Namun, pengetahuan tentang pemeriksaan payudara klinikal dan Mamogram adalah sederhana. Peratusan tertinggi penemuan BI-RADS 3 (mungkin benigna) adalah dalam kumpulan umur 18-25 (33.3%), manakala BI-RADS 4 (keabnormalan mencurigakan) paling tinggi dalam kumpulan umur 26-35 (8.8%). Soal selidik versi Bahasa Melayu menunjukan liputan kandungan yang tinggi, ciri item yang boleh diterima, mengesahkan penggunaannya untuk kajian ini. Penemuan menunjukan amalan saringan KP di kalangan SDP adalah sederhana dan membuktikan keberkesanan Ultrabunyi dan kepentingan saringan KP dalam kalangan wanita muda SDP yang berisiko tinggi. Kata kunci: Lesi payudara, pengetahuan, sikap, amalan, saudara darjah pertama, Ultrabunyi dan BI-RADS.
Notes: e-tesis
Pages: 103
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780411
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Tahap pengetahuan sikap dan amalan serta .pdf
  Restricted Access
1.62 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.