Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780141
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Farah Mohamad Fauzi, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Arimi Fitri Mat Ludin, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Chen, Wei Joo (P110742) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-08-04T04:43:17Z | - |
dc.date.available | 2025-08-04T04:43:17Z | - |
dc.date.issued | 2025-07-04 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780141 | - |
dc.description.abstract | Kereaktifan kardiovaskular yang terlampau terhadap tekanan fisiologi akut merupakan faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular. Walaupun senaman telah terbukti dapat meredakan kereaktifan kardiovaskular terhadap tekanan fisiologi, pengaruh waktu senaman masih tidak jelas, terutamanya dalam kalangan wanita. Kajian ini bertujuan membandingkan kesan senaman akut (EX; 75%–85% kadar denyutan jantung simpanan) pada waktu pagi (9 pagi) dan petang (5 petang) terhadap kereaktifan kardiovaskular aruhan tekanan fisiologi dalam wanita muda yang tidak aktif secara fizikal. Empat belas orang wanita sihat tidak terlatih (umur: 22.3 ±1.3 tahun;BMI: 21.7 ±2.3 kgm-2) menjalani empat sesi eksperimental dalam turutan rawak, iaitu senaman pagi (M-EX); senaman petang (E-EX); rehat pagi (M-CON); dan rehat petang (ECON), diselangi sekurang-kurangnya tiga hari. Dalam setiap sesi, subjek sama ada menjalankan senaman ataupun duduk rehat sebelum melakukan ujian tekanan sejuk 30 minit kemudiannya untuk mengaruh tindak balas tekanan fisiologi. Ukuran tekanan darah, tekanan purata arteri, kadar denyutan jantung, serta kadar variabiliti jantung, iaitu indeks tekanan, indeks sistem saraf parasimpatetik, indeks sistem saraf simpatik, standard deviation of NN interval (SDNN), root mean square of successive differences (RMSSD), frekuensi rendah (LF), frekuensi tinggi (HF), dan nisbah LF/HF diambil sebelum dan semasa ujian tekanan sejuk dijalankan pada setiap sesi. Kereaktifan kardiovaskular ditentukan sebagai perbezaan bacaan purata parameter kardiovaskular semasa dan sebelum ujian tekanan sejuk. Nilai yang lebih tinggi menunjukkan kereaktifan yang lebih tinggi. Perbandingan kereaktifan kardiovaskular antara sesi eksperimental diuji dengan ujian ANOVA ulangan satu hala. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara senaman pagi dengan senaman petang terhadap kereaktifan tekanan darah sistolik (M-EX: 16.89 ±2.77, EEX: 15.04 ±2.45), tekanan darah diastolik (M-EX: 19.18 ±2.74, E-EX: 15.96 ±1.90), tekanan purata arteri (M-EX: 18.42 ±2.71, E-EX: 15.66±1.82), kadar denyutan jantung (M-EX: 6.29 ± 2.01, E-EX: 5.79 ± 2.70), serta semua parameter kadar variabilit i jantung. Walau bagaimanapun, kedua-dua senaman pagi dan senaman petang didapati mengurangkan tekanan darah sistolik (M-EX: -32%; p = 0.014); tekanan darah diastolik (E-EX: -33%; p = 0.048); dan tekanan purata arteri (M-EX: -23%; p = 0.011; E-EX: - 37%; p = 0.027) berbanding dengan kawalan pada waktu yang sama. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa senaman, sama ada dilakukan pada waktu pagi atau petang, berkesan untuk mengurangkan kereaktifan kardiovaskular aruhan tekanan fisiologi dalam wanita muda tidak aktif, namun kedua-dua waktu senaman tidak berbeza antara satu sama lain. Kata Kunci: Tekanan darah, Ritma sirkadian, Kadar denyutan jantung, Kadar variabiliti jantung, Senaman | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Cardiovascular Diseases | en_US |
dc.subject | Stress, Physiological | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kesan waktu senaman pagi dan petang terhadap kereaktifan kardiovaskular aruhan tekanan fisiologi dalam wanita yang tidak aktif | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.description.notes | e-tesis | en_US |
dc.format.pages | 154 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Sarjana Sains Kesihatan | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesan waktu senaman pagi dan petang terhadap kereaktifan kardiovaskular aruhan tekanan fisiologi dalam wanita yang tidak aktif.pdf Restricted Access | Full-text | 4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.