Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780140
Title: | Meramal kekeringan mulut kronik dalam kalangan pesakit kanser kepala dan leher menggunakan radiomik delta berdasarkan imej tomografi berkomputer alur kon |
Authors: | Mahayu Ismail (P126963) |
Supervisor: | Noorazrul Azmie Yahya, Prof. Madya Dr. Mohd Ariff Mohamed Hanifa, Dr. Eznal Izwadi Mohd Mahidin, Dr. |
Keywords: | Head and Neck Neoplasms Xerostomia Radiotherapy Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 14-Jun-2025 |
Abstract: | Pemberian radioterapi (RT) kepada pesakit kanser kepala dan leher (KKL) selalunya melibatkan tisu normal yang boleh mengakibatkan kesan akut atau kronik seperti kekeringan mulut. Pengimejan tomografi berkomputer alur kon (TBAK) pada tiga pepecahan pertama rawatan diikuti mingguan membekalkan data perubahan struktur kelenjar liur semasa RT. Kajian ini bertujuan untuk 1) melakukan ulasan sistematik mengenai kajian semasa yang menggunakan radiomik delta bagi KKL dan menilai metodologi dan kualiti pelaporan radiomik berasaskan TBAK dan tomografi berkomputer voltan mega (TBVM) dan 2) membangunkan model ramalan kekeringan mulut kronik (KMK) berdasarkan TBAK menggunakan fitur radiomik delta, fitur dos, dan fitur klinikal. Untuk objektif 1, strategi carian artikel telah dijalankan mengikut kriteria Pesakit, Intervensi, Perbandingan, Hasil, dan Rekabentuk kajian (PICOS) dan telah dibentangkan mengikut senarai semak Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta-Analyses (PRISMA). Penilaian telah dijalankan mengikut Radiomics Quality Score (RQS). Bagi objektif 2, seramai 131 pesakit KKL (set latihan = 91, (set pengesahan = 40) yang menerima RT termodulat volumetrik (VMAT) dari 2020 hingga 2023 di Hospital Kuala Lumpur telah dikumpulkan secara retrospektif. Model regresi Least Absolute Shrinkage and Selection Operator (LASSO) digunakan untuk meramal KMK pada tiga titik akhir, iaitu 3, 6, dan 12 bulan selepas RT. Prestasi model LASSO dinilai berdasarkan metrik kawasan di bawah lengkung kendalian penerima (AUC). Daripada ulasan sistematik, enam kajian telah dianalisis dengan nombor pesakit median, n=97. Pemarkahan dan analisis kajian radiomik berasaskan TBAK menunjukkan kadar pematuhan pelaporan sebanyak 27.8%. Daripada eksperimen, model ramalan radiomik delta berdasarkan TBAK minggu keempat dengan kombinasi fitur dos dan fitur klinikal menunjukkan prestasi yang baik, titik akhir 6 bulan (AUC=0.73) dan 12 bulan (AUC=0.68). Model titik akhir 3 bulan mengalami pengelasan yang lemah. Fitur dengan pekali tertinggi ialah dos purata (Dmean) bagi kelenjar-kelenjar parotid, Kurtosis Intensiti (IBSI:C317) dan Kecerunan Tahap Kelabu Histogram Minimum (IBSI: RHQZ), dianggap sebagai peramal utama dalam ramalan kekeringan mulut kronik. Kesimpulannya, penilaian kendiri RQS digalakkan kepada semua kajian radiomik untuk meningkatkan kualiti pelaporan. Fitur radiomik delta yang diperoleh daripada imej TBAK menunjukkan potensi dan keteguhan dalam model ramalan kekeringan mulut kronik boleh mencadangkan penambahbaikan kepada strategi rawatan dan mengukuhkan amalan klinikal semasa. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 132 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780140 |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Meramal kekeringan mulut kronik dalam kalangan pesakit kanser kepala dan leher menggunakan radiomik delta berdasarkan imej tomografi berkomputer alur kon.pdf Restricted Access | Full-text | 4.66 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.