Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780097
Title: | Pengaruh kepimpinan transformasional dan iklim organisasi terhadap kompetensi pemimpin akademik wanita universiti awam di Malaysia |
Authors: | Salmiwati Othman (P108168) |
Supervisor: | Aida Hanim A. Hamid, Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr. Bity Salwana Alias, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Women college administrators -- Malaysia Leadership in women -- Malaysia Transformational leadership -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Oct-2024 |
Abstract: | Institusi pendidikan tinggi negara yang melibatkan universiti awam mengalami revolusi yang cepat, progresif serta sentiasa berubah.Kepimpinan menjadi skop penelitian para penyelidik kerana tunjang sesebuah institusi itu adalah terletak kepada kepimpinan termasuk kepimpinan wanita. SDG5 iaitu penglibatan wanita dalam pembuatan keputusan utama menjadi salah satu indikator dalam pengukuran jurang jantina dalam kepimpinan. Perwakilan kurang 30 peratus, jenis kepimpinan yang tidak bersesuaian, persepsi serta stereotaip, kompetensi wanita yang diragukan, kekurangan mentor tokoh pemimpin akademik wanita serta struktur organisasi yang mencabar merupakan antara faktor menyebabkan wanita sukar dilantik ke jawatan kepimpinan yang lebih tinggi. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk meneroka dan mengenal pasti hubungan kepimpinan transformasional terhadap kompetensi dan iklim organisasi dalam kalangan pemimpin akademik wanita universiti awam di Malaysia serta menguji pengantara ganjaran dan keseimbangan kerja kehidupan. Kajian ini adalah menggunakan kaedah campuran melibatkan 6 orang informan diperingkat kualitatif terdiri daripada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor universiti awam Malaysia serta 365 orang responden akademik wanitta pelbagai latar-belakang jawatan barisan pertengahan. Analisis Atlas Ti Versi 23 dan Smart PLS Versi 4 telah digunakan untuk menganalisa data yang diperolehi. Dapatan kajian mendapati tema bagi dimensi kepimpinan transformasional terdiri (9) tema, kompetensi pemimpin wanita akademik terdiri (15) tema dan bagi iklim organisasi(12) tema telah terhasil. Selain itu, dapatan kajian mendapati hanya 5 hipotesis positif dan disokong dan 1 hipotesis tidak disokong. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan transformasional mempunyai hubungan positif dengan kompetensi dan iklim organisasi. Walaubagaimanapun, ganjaran bukanlah pengantara hubungan yang positif dengan kompetensi dan hipotesis tersebut adalah tidak disokong. Secara keseluruhannya, satu model hubungan kepimpinan wanita “Model Kepimpinan Wanita Universiti Awam” telah terhasil, diuji dan mempunyai nilai peramalan yang tinggi. Implikasi kajian dalam konteks komuniti memberi pendekatan baharu kepada pembuat dasar, pengurusan universiti awam serta pemimpin akademik wanita berkaitan penelitian semula dasar serta polisi sedia ada, perbanyakkan peluang jawatan kepimpinan. latihan komperehensif berfokuskan jantina, pementoran dan peningkatan keupayaan pemimpin akademik wanita. Penyelidikan ini juga menyarankan beberapa cadangan kajian lanjutan melibatkan aspek institusi, pembolehubah serta negara ASEAN bertujuan memperkasakan wanita dalam kepimpinan agar universiti awam tidak ketandusan bakat dalam pendidikan tinggi negara. |
Pages: | 487 |
Call Number: | LB2341.S235 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780097 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengaruh kepimpinan transformasional dan iklim organisasi terhadap kompetensi pemimpin akademik wanita Universiti Awam di Malaysia.pdf Restricted Access | Partial | 1.57 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.