Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780096
Title: Peranan perantara kepuasan hidup, tingkah laku ekonomi dan keseimbangan kerja-kehidupan dalam hubungan antara literasi ekonomi rumah tangga dengan kesejahteraan ekonomi guru
Authors: Rizza Megasari (P112924)
Supervisor: Sheerad Sahid, Dr.
Muhammad Hussin, Prof. Datuk. Dr.
Keywords: Teachers -- Economic conditions
Financial literacy
Economics -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Oct-2024
Abstract: Kesejahteraan ekonomi guru di Indonesia masih rendah dan tidak stabil akibat pelbagai faktor. Guru sering menghadapi masalah kewangan, terutamanya mereka yang belum dilantik sebagai penjawat awam. Kesejahteraan ekonomi dapat ditingkatkan dengan penguasaan literasi ekonomi rumah tangga yang jitu. Justeru, kajian ini bertujuan menguji kepuasan hidup, tingkah laku ekonomi, dan keseimbangan kerja-kehidupan dalam mengantara hubungan diantara literasi ekonomi rumah tangga dengan kesejahteraan ekonomi guru. Disamping itu, kajian ini juga turut menguji kesan literasi ekonomi rumah tangga terhadap kesejahteraan ekonomi guru. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan secara tadbir sendiri telah digunakan dengan sampel seramai 400 guru di Sekolah Menengah di wilayah Jawa Timur, Indonesia dengan teknik persampelan rawak berbilang peringkat. Data kajian diperoleh daripada kedua-dua kaedah lawatan dan tinjauan berasaskan talian. Analisis data yang digunakan untuk menjawab hipotesis penyelidikan termasuk analisis deskriptif, analisis permodelan persamaan berstruktur (SEM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa literasi ekonomi rumah tangga secara langsung mempengaruhi kesejahteraan ekonomi guru. Kajian berkaitan konstruk mediasi, menunjukkan bahawa kepuasan hidup, tingkah laku ekonomi dan keseimbangan-kerja kehidupan boleh menjadi pengantara untuk kesan literasi ekonomi rumah tangga terhadap kesejahteraan ekonomi. Pendekatan bootstrapping yang digunakan dalam prosedur pengujian perantara turut menghasilkan keputusan yang sama, justeru mengesahkan bahawa kepuasan hidup, tingkah laku ekonomi dan keseimbangan kerja-kehidupan mengantara hubungan literasi ekonomi rumah tangga terhadap kesejahteraan ekonomi guru. Kajian ini menyumbang dalam bidang ilmu dan praktis dengan mencadangkan model literasi ekonomi rumah tangga untuk kegunaan guru seperti dalam pengurusan kewangan peribadi, pendidikan dan pelatihan, kebebasan dan pengambilan keputusan serta mengevaluasi kebijakan yang sedang berjalan dan mengusulkan memperbaiki kekurangan peraturan berkaitan kesejahteraan ekonomi guru, khususnya guru sandaran.
Pages: 366
Call Number: LB2842.22.R539 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780096
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.