Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780088
Title: | Pengetahuan teknologi, pedagogi, isi kandungan Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) guru sekolah menengah di Putrajaya |
Authors: | Nor Adni Muhamad (P107560) |
Supervisor: | Mohd Jasmy Abd Rahman, Lt. Kol. Prof. Madya |
Keywords: | Educational technology Pedagogical content knowledge Pedagogical content knowledge Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Jul-2024 |
Abstract: | Mengintegrasikan Google Classroom (GC) sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau Learning Management System (LMS) dalam pdp adalah seiring dengan keperluan pembelajaran abad ke-21. Model Pengetahuan Teknologi Pedagogi Isi Kandungan (PTPIK) atau Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) digunakan untuk mengukur kemampuan guru menggabungkan pengetahuan pedagogi dan isi kandungan dalam mengintegrasikan teknologi dalam PdP. Kajian kuantitatif dengan kaedah tinjauan ini melibatkan 266 guru-guru sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Menggunakan instrumen kajian yang dinamakan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Isi Kandungan Sistem Pengurusan Pembelajaran (PTPIK.SPP), kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap PTPIK guru dalam penggunaan GC sebagai SPP dan perbezaan PTPIK guru dari aspek jantina, pengalaman mengajar dan bidang pengkhususan. Turut dikaji hubungan antara setiap konstruk PTPIK guru. Kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu korelasi Pearson, Ujian-t dan ANOVA. Hasil kajian mendapati guru-guru menunjukkan min tahap yang tinggi bagi kesemua konstruk dan tiada perbezaan yang signifikan antara tahap PTPIK guru dengan faktor demografi yang dikaji. Didapati terdapat hubungan korelasi yang positif antara setiap konstruk PTPIK.SPP. Kajian persepsi PTPIK.SPP ini penting dalam mengenal pasti kemampuan guru menggabungkan pengetahuan pedagogi dan isi kandungan semasa pengintegrasian teknologi dalam pengajaran seterusnya menentukan latihan dan kursus yang bersesuaian. Kajian ini boleh dijadikan asas kepada penilaian kejayaan pengintegrasian sistem pengurusan pembelajaran untuk pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. |
Pages: | 160 |
Call Number: | LB1028.3.N634 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780088 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengetahuan teknologi, pedagogi, isi kandungan sistem pengurusan pembelajaran(SPP) guru sekolah menengah di Putrajaya.pdf Restricted Access | Full-text | 2.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.