Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780087
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hafizhah Zulkifli, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Ab Halim Tamuri, Prof. Dato' Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Habsah Md Usop (P113316) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-07-24T08:38:49Z | - |
dc.date.available | 2025-07-24T08:38:49Z | - |
dc.date.issued | 2024-06-20 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780087 | - |
dc.description.abstract | Penularan wabak Covid-19 di Malaysia telah merubah lanskap kehidupan manusia seluruhnya.Tidak terkecuali juga dalam sistem pendidikan di pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan manual pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) yang mengarahkan semua institusi pendidikan menggunakan kaedah pembelajaran secara hibrid semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam manual tersebut, pihak KPM turut mencadangkan penggunaan kaedah kelas berbalik bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr). Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan GPI terhadap pengajaran kelas berbalik di sekolah menengah. Kajian ini penting dalam memberikan garis panduan utama kepada GPI bagi melaksanakan amalan pengajaran kelas berbalik di dalam bilik darjah. Pengkaji turut menggunakan kaedah temu bual separa struktur terhadap empat orang peserta kajian di Kuala Lumpur. Bagi mendapatkan kesahan dan keboleh percayaan data temu bual, kaedah triangulasi telah digunakan iaitu temu bual dan analisis dokumen. Kemudian, data temu bual tersebut akan dianalisis secara tematik menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil kajian menunjukkan, terdapat lima tema bagi kefahaman GPI terhadap amalan pengajaran kelas berbalik iaitu berpusatkan bahan, pengukuhan sebelum kelas, kesepaduan kaedah moden dan tradisional, fleksibel serta berasaskan arahan dan pemantauan. Malah, dapatan kajian bagi amalan GPI terhadap pengajaran kelas berbalik merangkumi empat tema utama iaitu fleksibiliti GPI dalam perancangan dan persediaan PdPc kelas berbalik, fleksibiliti GPI dalam penggunaan BBM kelas berbalik, fleksibiliti GPI dalam pelaksanaan kaedah PdPc kelas berbalik dan fleksibiliti GPI dalam langkah- langkah PdPc kelas berbalik. Dapatan kajian yang terakhir juga menunjukkan terdapat tiga tema bagi isu atau masalah yang dihadapi oleh GPI dalam amalan pengajaran kelas berbalik ini iaitu kekangan masa dan komitmen guru, fasiliti serta sikap pelajar. Implikasi kajian ini mewujudkan satu kerangka konseptual mengenai amalan GPI terhadap pengajaran kelas berbalik berasaskan model dan teori Islam sebagai model dan teori utama disokong oleh model dan teori dari Barat. Di samping itu juga, dapat menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru dan pengkaji-pengkaji baru terhadap pelaksanaan dan kajian amalan pengajaran kelas berbalik ini. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Flipped classrooms | en_US |
dc.subject | Teachers | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations -- Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Amalan guru Pendidikan Islam terhadap pengajaran kelas berbalik di sekolah menengah | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 251 | en_US |
dc.identifier.callno | LB1029.F55.H33 2024 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007544 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Amalan guru pendidikan Islam terhadap pengajaran kelas berbalik di sekolah menengah.pdf Restricted Access | Full-text | 6.13 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.