Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780084
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lee Khai Ern, Prof. Ts. Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Goh Thian Lai, Ir. Ts. Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Mazlin Mokhtar, Prof. Emeritus Dato’ ChM. Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Nurul' Ain Jamion (P95673) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-07-24T08:33:44Z | - |
dc.date.available | 2025-07-24T08:33:44Z | - |
dc.date.issued | 2024-10-29 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780084 | - |
dc.description.abstract | Pembangunan pesat di Malaysia merupakan salah satu penyebab pelepasan gas rumah hijau, khususnya karbon dioksida (CO2), yang memberi kesan negatif kepada perubahan iklim. Sebagai tindak balas kepada cabaran global demi mencapai matlamat SDG6 (air bersih dan sanitasi) dan SDG13 (tindakan iklim), kajian ini telah meneroka penyelesaian berasaskan alam semula jadi dalam membantu menyerap dan menyimpan karbon serta memulihara sumber air melalui konsep neksus karbon-air. Tanah bencah buatan bekas lombong di Paya Indah Wetlands (PIW), Dengkil, Selangor telah dipilih sebagai kawasan kajian yang memainkan peranan neksus karbon-air dalam penilaian nilai alam semula jadi, iaitu nilai instrumental dan intrinsik tanah bencah buatan berdasarkan teori nilai alam semula jadi dan konsep Millennium Ecosystem Assessment (MEA). Objektif kajian ini adalah menilai neksus karbon-air tanah bencah buatan di PIW dalam menyimpan karbon dan memulihara sumber air; menilai persepsi pihak berkepentingan terhadap nilai alam semula jadi PIW dalam konteks neksus karbon-air serta membentuk kerangka pengurusan lestari tanah bencah buatan yang mengintegrasikan neksus karbon-air dalam nilai alam semula jadi. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah campuran penjelasan berturutan yang merangkumi pendekatan kuantitatif dan kualitatif dengan penilaian kajian lapangan dan soal selidik untuk mengumpul data. Penentuan kandungan karbon dalam tanah dan sedimen serta kualiti dan kuantiti air tasik adalah berdasarkan garis panduan piawaian kebangsaan dan antrabangsa, iaitu Malaysia Standards Accreditation (MS), U.S. Department and Agriculture (USDA) dan American Public Health Association (APHA). Kaedah DotS digunakan dalam penentuan lokasi persampelan. Soal selidik dijalankan dengan menggunakan intrumen yang dibangunkan, iaitu Intrinsic-Instrumental Assessment Tool (IIA) dan saiz sampel responden ditentukan melalui penentuan Krejie & Morgan. Hasil mendapati bahawa PIW menyimpan sebanyak 1553.11 Mg C ha−1, iaitu memperuntukkan kapasiti penyerapan karbon tahunan kira-kira sebanyak 67.5 Mg C ha−1 tahun−1. Indeks Kualiti Air tasik pula direkodkan di antara 58 hingga 81 yang berada di antara Kelas II hingga III dan tasik PIW dianggarkan boleh menyimpan kirakira sebanyak 1.267 juta m3 sumber air. Selain itu, perubahan guna tanah PIW telah menunjukkan pengurangan lebih 90% tanah tandus yang membawa kepada peningkatan badan air (36%) dan tanah yang diliputi oleh tumbuh-tumbuhan (38%). Walaupun analisis statistik tidak menunjukkan hubungan yang signifikan antara karbon dan air, dapatan kajian menunjukkan bahawa kandungan karbon yang tinggi dalam sedimen menyebabkan penurunan kualiti air yang boleh membawa kesan negatif terhadap kesihatan ekosistem. Persepsi pihak berkepentingan terhadap nilai alam semula jadi PIW juga berbeza-beza dengan nilai subjektif instrinsik paling dihargai diikuti nilai instrumental dan nilai objektif intrinsik. Kajian ini mengesyorkan pembentukan kerangka pengurusan lestari bagi tanah bencah buatan PIW berdasarkan neksus karbonair yang melibatkan pendekatan transdisiplin melalui penyepaduan strategi saintifik dan sosial memerlukan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan dalam menguruskan tanah bencah buatan ke arah kelestarian alam sekitar yang lebih holistik. Kesimpulannya, neksus karbon-air tanah bencah buatan dapat digunakan untuk mitigasi dan adaptasi perubahan iklim serta pemuliharaan sumber air, sekaligus menyumbang kepada usaha kelestarian ekosistem tanah bencah buatan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Ecosystem management -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Wetland conservation | en_US |
dc.subject | Constructed wetlands -- Malaysia -- Selangor | en_US |
dc.subject | Sustainable development | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations. | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pengintegrasian neksus karbon-air dalam penilaian nilai alam semula jadi pengurusan lestari tanah bencah buatan di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 406 | en_US |
dc.identifier.callno | QH77.M4.N87 2024 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007541 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengintegrasian neksus karbon-air dalam penilaian nilai alam semula jadi bagi pengurusan lestari tanah bencah buatan di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor.pdf Restricted Access | Partial | 912.33 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.