Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780076
Title: | Pelaksanaan wakalah dalam produk perbankan Islam di Malaysia menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 |
Authors: | Mastura Mastura Mohd Saffai @ Mohd Shafie (P88915) |
Supervisor: | Mat Noor Mat Zain, Dr. Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Dr. Ahmad Munawar Ismail, Prof. Madya Dr. Muhammad Adib Samsudin, Dr. |
Keywords: | Contracts (Islamic law) -- Malaysia Finance (Islamic law) -- Malaysia Banking law (Islamic law) -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Aug-2024 |
Abstract: | Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) telah berkuatkuasa mulai 30 Jun 2013 dan merupakan satu pendekatan baharu dalam pengawalan kestabilan sistem kewangan Islam di Malaysia. Ia menyediakan satu rangkakerja perundangan dan keperluan pematuhan oleh institusi perbankan Islam yang setara dengan institusi perbankan konvensional bagi mengantikan Akta Bank Islam 1983 (ABI). Antara kesan besar daripada pengenalan APKI dapat dilihat melalui pelaksanaan kontrak wakalah dalam produk-produk perbankan Islam dipasaran. APKI telah menetapkan perbezaan definisi bagi deposit dan pelaburan berdasarkan kontrak syariah yang diaplikasikan dalam struktur produk, yang mana perbezaan ini tidak terdapat dibawah ABI. Beberapa polisi syariah termasuk Polisi Wakalah dan Polisi Akaun Pelaburan telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tujuan memberikan panduan dalam mengaplikasi kontrak wakalah yang seragam dan konsisten dari sudut keperluan operasi dan pelaksanaan produk yang patuh syariah selain menepati peraturan kawalselia. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis perubahan dalam operasi produk berkaitan wakalah, aplikasi wakalah dalam struktur produk deposit dan pembiayaan serta potensi mengaplikasi kontrak ini sebagai asas bagi struktur produk pelaburan. Kajian ini telah menggunakan metod temubual separa berstruktur dan analisi kandungan bagi mendapatkan maklumat-maklumat untuk menjawab persoalan kajian. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan terhadap pelaksanaan operasi sedia ada institusi perbankan Islam bagi memastikan pematuhan dalam pelaksanaan produk-produk yang ditawarkan. Namun demikian, meskipun polisi-polisi yang berkaitan telah diperkenalkan bagi menyokong pembangunan produk yang patuh syariah dan keperluan bagi pelaksanaan operasi produk dari perspektif kawalselia, institusi perbankan Islam sebaliknya memilih untuk beralih daripada produk deposit sedia ada yang mempunyai ciri-ciri pelaburan kepada produk deposit berasaskan komoditi murabahah dimana terdapatnya sokongan kontrak wakalah dalam pelaksanaannya. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa keperluan polisi wakalah yang terpakai bagi institusi perbankan Islam dalam produk-produk ini hanyalah terhad kepada peranan bank sebagai wakil bagi melaksanakan transaksi komoditi. Demikian juga halnya dengan kontrak wakalah sebagai asas produk pelaburan dimana institusi perbankan Islam hanya memainkan peranan sebagai wakil pengurusan dana yang dilaburkan dalam pelaburan berbentuk kewangan. Isu kesediaan menerima risiko dan potensi terdedah kepada risiko pelaburan menjadi antara faktor yang menyumbang kepada perubahan dalam pilihan produk yang ditawarkan ini. Implikasi dari pengenalan APKI juga telah menjurus kepada peningkatan mendadak produk-produk berasaskan komoditi murabahah yang merupakan produk ‘gantian’ kepada produk sedia ada yang mempunyai ciri-ciri pelaburan. |
Pages: | 221 |
Call Number: | BP158.C595M379 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780076 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pelaksanaan wakalah dalam produk perbankan Islam di Malaysia menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.pdf Restricted Access | Full-text | 1.87 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.